|
TIBBUN NABAWI Ustaz Abdul Fattah bin Hj Jaafar Fakulti Usuluddin, Jabatan Dakwah dan Thaqafah Islamiyah, Universiti Al-Azhar (Kaherah) ~ ditulis pada 30 Disember 2005 ~
Assalamualaikum Wmh wbh.
Menemui semua peminat2 setia & tak setia TIBBians semua. Sebelum saya meneruskan kalam pada siri ini, ingin terlebih dahulu saya kalungkan beberapa ucapan kepada kalian semua. Pertama, Selamat Menyambut Idiladha buat teman2 semua; kedua, selamat jalan buat sahabat2 yg tlh terpilih menjadi tetamu Allah SWT pada musim haji kali ini; ketiga, selamat menyambut tahun baru masihi buat sahabat2 semua. Tak lupa seterusnya kepada yg tengah exam selamat mendapatkan kecemerlangan dlm imtihan kali ini. Teruskan usaha gigih anda!
Pembaca sekalian, Memandangkan pada siri lepas saya tlh berjanji utk memaparkan hal-hal yg berkaitan dgn perubatan Islam atau 'Tibbun Nabawi' terutama yg terkandung dlm buku 'At-Tibbi Fil Islam' maka pada kali ini sebagai permulaannya saya akan menyentuhnya secara analogi berkaitan sejarah atau permulaan bagi perubatan Islam itu sendiri. Mungkin dikalangan kita punyai satu persolan, bilakah perubatan Islam ini bermula?
Baiklah, saya akan bawakan jawapannya secara agak simple & agak rambang untuk edisi muqaddimah ini. Sebelum itu, barangkali sesetengah pembaca pernah membaca beberapa artikel yang menyentuh perihal sejarah perubatan Islam ini yang barangkali agak berbeza dengan apa yang bakal saya kemukakan ini.
Sebenarnya sebagai seorang muslim tidak dapat tidak sejarah perubatan Islam perlu kita kaitkan dengan kemunculan Agama Islam di alam ini sendiri. Hal ini cukup penting kerana jika anda merujuk kepada banyak dokumen berkaitan sejarah Islam yang ditulis oleh pihak barat (Orentalis) maka anda akan dihidangkan dengan fakta-fakta sejarah yang telah dicarik-carik, digunting-gunting dan tentunya beberapa fakta yang sebenar sengaja disembunyikan demi menjayakan agenda 'New-Kolonial' mereka!
Baiklah, persoalannya sekarang, bilakah sejarah perubatan Islam muncul? Mungkin ada yang menyatakan ianya muncul ketikamana munculnya tokoh saintis Islam seperti Ibnu Sina, Al-Kindi, Al-Farabi, Al-Khawarizmi dan lain-lain lagi.Atau mungkin ada yang menyatakan ianya muncul sewaktu dengan kemunculan baginda Rasul SAW di Mekah dan Madinah. Baiklah. Bilakah pula agama Islam bermula? Apa jawapan anda? Mungkin ada yang menyatakan semenjak Rasullah SAW muncul di Mekah. Jika itu jawapan anda,maka ia adalah kurang tepat!.
Sebenarnya ianya lebih lama daripada itu lagi iaitu semenjak manusia diciptakan sebagai khalifah di mukabumi ini. Iaitu ketikamana Allah SWT berfirman kepada para malaikatnya : Yang bermaksud: "Dan kami jadikan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini,lalu malaikat bertanya:adakah kamu (Ya Allah) hendak menjadikan manusia (sebagai khalifah) yang sifatnya suka berkelahi dan membuat kefasadan di alam ini, sedangkan kami (para malaikat) senantiasa taat bertasbih dan memuji-muji kamu. (jawab Allah kepada para malaikat) Sesungguhnya aku lebih maha mengetahui daripada apa2 yang kamu semua tidak ketahui". (Surah Al-Baqoroh : Ayat 30)
Jelasnya jika dirujuk dalam mana2 kitab tafsir,pada episod inilah sejarah manusia yang dilantik sebagai khalifah Allah bermula. Justeru apa kaitannya dengan sejarah perubatan Islam?. Insya Allah saya akan dedahkannya, yang tentunya menarik untuk sama-sama dikupas dengan lebih mendalam lagi. Baiklah, satu persolan yang terlebih dahulu akan kita temui jika dirujuk di dalam kitab-kitab tafsir ialah kenapakah persolan di dalam ayat di atas dikemukakan malaikat kepada Allah SWT berkaitan pertikaian kelayakan pemilihan Adam Alaihis Salam sebagai khalifah Allah!
Barangkali anda semua sudah tahu jawapannya. Iaitu nabi Allah Adam A.S telah dihukum keluar dari syurga Allah semata-mata kerana memakan buah Khuldi yang dilarang Allah swt di dalam syurga untuk mendekatinya apatah lagi memakan buah larangan tersebut! Nah, kenapa pula buah khuldi itu dimakan oleh Nabi Adam pula? Jawapannya ialah adanya unsur-unsur perubatan pada buah tersebut sebagaimana yang didakwa oleh Iblis laknatullah. Maka, tidakkah telah bermulanya sebuah episod kehidupan manusia yang punyai kaitan dengan perubatan dari sini lagi?
Insya Allah saya akan mengupasnya lebih menarik pada siri yang akan datang! Diharapkan anda semua sabar untuk mengikutinya. Selamat Tahun Baru dan berjaya dalam hidup anda di dunia dan akhirat. |
|
ruangan khas penulis tetap |