golongan

 

       ORANG
KURANG
UPAYA

      

 

 

 

 

GOLONGAN ORANG KURANG UPAYA (GOKU)

.... Kehadiran golongan orang kurang upaya adalah satu kepastian hidup. Pelbagai usaha dijalankan untuk mengintegrasikan mereka di dalam masyarakat dan menjadikan hidup mereka lebih bermakna. Masyarakat antarabangsa umumnya telah menyedari betapa pentingnya keperluan golongan ini dititik beratkan demi kesejahteraan golongan orang kurang upaya khasnya dan masyarakat amnya.

  

APAKAH MAKSUD GOLONGAN ORANG KURANG UPAYA ?

 

 

·       Maksud sebenar Golongan Orang Kurang Upaya (GOKU) adalah berbeza-beza kerana ia adalah golongan minoriti.

·       Masyarakat menganggap GOKU sebagai mereka yang cacat anggota fizikal dan mental

·       Berdasarkan pelbagai maksud yang diberi oleh dunia, Jabatan Perancangan Bandar (JPBD) telah mengenalpasti GOKU sebagai :

Ø             Kehilangan kurang keupayaan langsung untuk bergerak

Ø             Pengguna kerusi roda

   Ø             Kecacatan deria

   Ø             Kecacatan sementara

   

SIAPA GOLONGAN ORANG KURANG UPAYA ?

 

 

·       GOKU boleh dibahagikan kepada dua golongan iaitu ; golongan orang kurang upaya dan golongan orang kurang upaya sementara

·       Kedua-dua golongan ini meliputi jenis kecatatan berikut :

Ø             Catat anggota fizikal seperti pekak, buta, tiada tangan / kaki

Ø             Terencat akal atau sakit jiwa

         Ø             Kanak-kanak istimewa (sindrom-down, autistik dan sebagainya)

   Ø             Orang-orang tua yang terbatas keupayaan fizikal

   Ø             Pengguna kerusi roda

   Ø             Perempuan mengandung

   Ø             Kanak-kanak dan orang kerdil

 

 

BAGAIMANA PERANCANGAN BANDAR MEMBANTU GOLONGAN ORANG KURANG UPAYA ?

 

 

r     Akses untuk GOKU untuk ke semua bangunan yang diluluskan oleh pihak berkuasa perancangan tempatan (PBPT) harus mengikut dan mengambilkira piwaian yang ditetapkan.

r     Aksesbiliti untuk masuk ke bangunan awam, kediaman bertingkat, bangunan perniagaan, terminal pengangkutan awam, kawasan rekreasi        mestilah bebas dari sebarang halangan.

r     Perancangan kemudahsampaian GOKU hendaklah merangkumi penggunaan ruang dan kemudahan yang mempunyai pelbagai jenis kecatatan dan kurang upaya.

r     Perancangan dan garis panduan aksesbiliti mesti mengambil kira aktiviti-aktiviti asas GOKU seperti bergerak, duduk dan lain-lain.

r     Perancangan kemudahan sokongan GOKU hendaklah menitik beratkan ciri-ciri keselamatan, keselesaan dan kesesuaian.

r     Semua kemudahan GOKU berasaskan ciri-ciri mesra guna.

r     Perletakan kemudahan sokongan untuk GOKU memerlukan perancangan yang teliti untuk memaksimumkan penggunaan secara berkesan.

  

APAKAH PERANAN MASYARAKAT TERHADAP PERANCANGAN GOLONGAN ORANG KURANG UPAYA ?

 

 

 

·      Masyarakat perlu mempunyai kesedaran yang lebih tinggi terhadap kemudahan GOKU.

   Ø Menghormati hak-hak laluan GOKU dengan tidak menggunakannya

Ø    Tidak menyalah gunakan kemudahan GOKU dengan menggunakan bagi tujuan lain.

   Ø    Tidak merosakkan dan menjejaskan keperluan GOKU

Ø    Memelihara dan menjaga kemudahan bersama.

              

APA PERUNTUKAN PERUNDANGAN TERHADAP GOLONGAN ORANG KURANG UPAYA ?

 

 

 

Perundangan yang terlibat secara langsung terhadap GOKU adalah :

·                Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)

·                Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133)

·                Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984

  

DOKTRIN SEJAGAT GOLONGAN ORANG KURANG UPAYA

 

 

Golongan orang kurang upaya mempunyai hak terhadap persekitaran bebas halangan yang selamat dan selesa

r     Kerajaan dan pemaju adalah bertanggungjawab secara sosial dalam memastikan persekitaran yang bebas halangan diwujudkan untuk golongan orang kurang upaya

r    Di mana dirasakan perlu dan sesuai, kerajaan dan pemaju akan berusaha dalam menyediakan persekitaran bebas halangan yang mengikuti piawaian yang ditetapkan

r     Garis Panduan Perancangan Golongan Orang Kurang Upaya mestilah menepati dan mengikut Doktrin Perancangan dan Pembangunan Sejagat yang dikeluarkan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Semenanjung Malaysia.

 

Hosted by www.Geocities.ws

1