![]()
|
Undang-Undang Perancangan Bandar |
Aktiviti perancangan bandar di Malaysia adalah berlandaskan kepada perlembagaan persekutuan yang menetapkan tanggungjawab perancangan bandar dan desa hendaklah di jalankan bersama antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri. Peruntukan secara langsung mengenai perancangan bandar ini jelas dinyatakan di dalam Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Bagaimanapun, terdapat juga peruntukan undang-undang lain yang berkaitan perancangan bandar. Ini adalah bagi menyokong dan membantu aktiviti perancangan bandar agar berjalan dengan lebih berkesan.
Bidang dan aktiviti perancangan adalah sesuatu yang luas dan bersifat menyeluruh. Oleh yang demikian, undang-undang sokongan bagi perancangan bandar ini adalah penting dalam menjalankan sesuatu tindakan undang-undang ke atas sesuatu pekara. Peruntukan undang-undang lain ini hanya berbentuk am terhadap perancangan bandar, untuk aktiviti perancangan yang sebenar adalah merujuk sepenuhnya kepada Akta 172.
Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)
Akta 172 diluluskan oleh Parlimen Kerajaan Malaysia pada tahun 1976 bertujuan mengadakan kawalan dan peraturan yang sempurna bagi perancangan bandar. Sepanjang tahun tersebut hingga kini, Akta 172 telah menempuhi beberapa pindaan dan pengubahsuaian. Bagaimanapun, pindaan ini dilakukan bagi memperbaiki dan mengemaskini selaras dengan keadaan masa.
Akta 172 secara ringkasnya adalah peruntukan undang-undang yang mengandungi perkara berkaitan perancangan bandar dan desa mengenai siapa yang berperanan dan bertanggungjawab, bidang tugas yang terkandung, kesalahan dalam perancangan bandar dan lain-lain pekara. Kesemua perkara ini terkandung di dalam Akta 172 yang mana ia mempunyai perkara-perkara seperti berikut :
i. Permulaan
ii. Dasar Dan Pentadbiran
iii. Jawatankuasa Perancangan Wilayah
iv. Rancangan Fizikal Negara
v. Rancangan Pemajuan
vi. Pengawalan Rancangan
vii. Bayaran Pemajuan
viii. Perintah Pemeliharaan Pokok
ix. Lembaga Rayuan
x. Notis Beli Dan Pengambilan Tanah
xi. Kawasan-Kawasan Kemajuan
xii. Peruntukan-Peruntukan Pelbagai.
Akta Perancangan Bandar 1995 (Akta 538)
Akta ini ditubuhkan khusus bagi profession perancangan bandar. Individu professional perancangan bandar diletakkan di bawah undang-undang yang mana ia dikawal selia oleh Lembaga Perancangan Bandar. Secara ringkasnya undang-undang, yang mana ia dikendalikan oleh mereka yang professional.
|
Undang-Undang Berkaitan Perancangan Bandar |
Undang-undang lain ini adalah menyeluruh dan bersifat am pada bidang perancangan bandar.
Undang-undang tersebut adalah seperti berikut :
Kerajaan Tempatan
Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)
Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982 (Akta 267)
Akta Lembaga Pembangunan Langkawi 1990 (Akta 423)
Akta Perbadanan Labuan 2001 (Akta 609)
Enakmen Lembaga Bandaran (CAP 137)
Tanah
Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56)
Akta Pengambilan Tanah 1960 (Akta 486)
Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318)
Akta Pemiliharaan Tanah 1960 (Akta 385)
Bangunan
Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133)
Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984
Alam Sekeliling
Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127)
Infrastruktur dan Utiliti
Akta Bekalan Lektrik 1990 (Akta 447)
Akta Perkhidmatan Pembentungan 1993 (Akta 508)
Perumahan
Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446)
Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1966 (Akta 118)
Perkhidmatan
Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341)
Akta Pusat Jagaan 1993 (Akta 341)
Warisan Akta Benda Purba 1976 (Akta 168)
Ingin memahami dengan lebih lanjut tentang Undang-undang berkaitan Perancang Bandar, hubungi Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) Semenanjung Malaysia, JPBD Negeri atau Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan yang berhampiran.