Local

AGENDA 21

 

LOCAL AGENDA 21 ?

 Latar belakang Local Agenda ;

§          Agenda 21 berasal dari Persidangan Earth Summit di Persidangan Rio de Janeiro,1992.

§          Agenda 21 menekankan alam sekitar dan pembangunan yang seimbang dan mampan.

§          Merupakan program tindakan pembangunan mampan global dan angka “21” menandakan abad ke-21.

§          Ia ditandatangani oleh lebih 178 wakil kerajaan termasuk Malaysia.

§          Agenda 21 mengandungi 40 bab yang kesemuanya berhubung pembangunan mampan; dan bab 28 Agenda 21 bertajuk “Usaha Pihak       Berkuasa Tempatan Dalam Menyokong Agenda 21”.

 

Local Agenda 21 (LA21) ialah suatu program untuk masyarakat, sektor swasta dan pihak berkuasa tempatan ( Majlis Daerah, Majlis Perbandaran, Majlis Bandaraya dan Dewan Bandaraya) berkerjasama untuk merancang dan menguruskan kawasan persekitaran mereka ke arah pembangunan mampan.

Melalui Local Agenda 21, masyarakat tempatan boleh melibatkan diri untuk mengenal pasti dan mengkaji isu-isu pembangunan mampan, membentuk pelan tindakan untuk menangani isu-isu tersebut dan melaksanakan pelan tindakan itu.

Pendekatan asas program ini alah pendekatan “bottom-up”, atau dari akar umbi ke atas. Ini bermakna, penduduk-penduduk tempatan sendiri  akan terlibat dalam menentukan pelan tindakan bagi kawasan masing-masing

Sebagai contoh; penduduk tempatan terlibat secara langsung mengenai perbincangan, bengkel atau aktiviti berkaitan dengan isu-isu tempatan. Antara contoh isu yang boleh dibangkitkan adalah seperti isu banjir dan sistem perparitan, isu pencemaran alam sekitar, isu pengangkutan dan lalu lintas, isu perumahan dan isu sosial dalam komuniti serta lain-lain isu.

 

 

Apakah MANFAAT Local Agenda 21?

 

 

Sebagai Individu:

·         Pendapat anda diambil kira dalam perancangan dan pelaksanaan program-program untuk meningkatkan kualiti hidup anda

·         Pihak Berkuasa Tempatan yang lebih peka dan berkesan kepada keperluan-keperluan anda.

·         Alam sekitar yang lebih selesa dan kualiti hidup yang lebig tinggi.

·         Meningkatkan rasa bangga, cinta dan tanggungjawab kepada alam sekitar anda.

 

Sebagai persatuan atau syarikat :

·    Meningkatkan imej pertubuhan anda sebagai badan masyarakat atau korporat yang bertanggungjawab dan peka terhadap keperluan-     keperluan masyarakat tempatan dan pihak-pihak berkepentingan yang lain.

·    Menjalankan program-program dengan lebih berkesan kerana adanya kerjasama dari pihak-pihak berkepentingan yang lain.

·    Peluang untuk merancang dan menguruskan pembangunan alam sekitar kawasan anda bersama-sama dengan Pihak Berkuasa Tempatan.

·    Peluang untuk memberi input kepada dasar-dasar dan kaedah operasi tempatan yang ada kesan kepada alam sekeliling dan kualiti hidup masyarakat tempatan.

·    Peluang berkhidmat untuk masyarakat.

 

Sebagai wakil kerajaan :

·    Meningkatkan persefahaman antara masyarakat dengan pihak kerajaan.

·    Meningkatkan sokongan masyarakat kepada program-program yang akan membawa manfaat kepada semua .

·    Mempertingkatkan imej sebagai wakil kerajaan yang mempraktikkan tadbir urus yang baik dengan adanya penyertaan awam, ketelusan, kepekaan, kesepakatan, keberkesanan dan kecekapan, lebih bertanggungjawab dan berwawasan strategik.

 

Apakah Peranan Anda?

ü   Sertai pertubuhan-pertubuhan, program-program dan aktiviti-aktiviti alan sekitar dan sosial dalam kawasan anda.

ü  Hubungi Pihak Berkuasa Tempatan anda (Majlis Daerah, Majlis Perbandaran, Majlis Bandaraya atau Dewan Bandaraya) untuk menyertai program-  program alam sekitar dan sosial.

ü   Didiklah anak-anak dan kawan-kawan supaya mencintai alam sekitar.

  

Kaitan Local Agenda 21 Dengan Perancangan Bandar Dan Desa

Kaitan LA21 dengan perancangan bandar dapat dilihat pada aspek penyediaan rancangan pemajuan. Seranta bagi rancangan tempatan dan rancangan struktur, adalah penglibatan pihak tempatan secara langsung dalam perancangan bandar. Pihak awam juga terlibat dalam kawalan pembangunan yang dikuat kuasakan oleh Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan ; pihak awam boleh membantah / menyatakan pendapat sesuatu pemajuan pembangunan di kawasan tempatan berdasarkan alasan yang tertentu. Pihak Berkuasa Tempatan merupakan Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan, oleh yang demikian ini menunjukkan dengan jelas kaitan LA21 dengan perancangan bandar.

Hosted by www.Geocities.ws

1