![]()
![]()
![]()
|
Apakah itu PEMBANGUNAN MAMPAN ? |
Secara ringkas, Pembangunan mampan ialah pembangunan yang memenuhi keperluan semasa serta masa hadapan bagi mencapai kesinambungan antara pembangunan ekonomi, sosial dan alam sekitar demi kesejahteraan bersama tanpa memjejaskan keperluan generasi seterusnya.
Pembangunan mampan merupakan pembangunan yang mengimbangkan pembangunan ekonomi dengan keperluan-keperluan sosial dan alam sekitar
|
Apakah Tujuan pembangunan Mampan ? |
r Ketulusan dan kerjasama
Masyarakat diberi peluang sepenuhnya dan digalakkan untuk melibatkan diri secara aktif dalam proses membuat keputusan mengenai pembangunan pada pelbagai peringkat perancangan, pengurusan dan perlaksanaan. Proses membuat keputusan yang berkaitan perlu dilakukan secara telus dan tulus. Matlamat akhir ialah untuk memperteguhkan penglibatan, tanggungjawab dan peranan pelbagai kelompok dari pelbagai peringkat masyarakat berasaskan kepada proses perancangan,perlaksanaan, pengurusan dan keputusan.
r Perkongsian Pintar
Perkongsian pintar antara Kerajaan Negeri, badan bukan Kerajaan dan masyarakat (semua pihak) dalam seluruh aspek adalah asas untuk mengeratkan integrasi pelbagai pihak berkepentingan di dalam menjurus kepada pola pembangunan mampan.
r Tanggungjawab Bersama
Kerajaan Negeri, badan bukan kerajaan dan masyarakat (semua pihak) berperanan dan berkongsi tanggungjawab merancang, mengurus, melaksana dan memantau pembangunan mampan berdasarkan pada matlamat, objektif dan aspirasi yang jelas untuk manfaat dan kesejahteraan bersama.
r Pendekatan Menyeluruh
Perkara ini perlu dilihat dan didekati sebagai suatu kerangka yang berdasarkan atas proses masalah tersebut dan bukan pada kesan masalah.
r Kesatuan Ekosistem
Alam sekitar dilihat sebagai suatu ekosistem yang mengandungi unsur-unsur warisan tabii, sistem sokongan hidup dan sumber asli yang jika digunakan dengan bijiksana akan menjamin dan meningkatkan kesejahteraan dan keselamatan sosial.
r Keharmonian Masyarakat
Sentiasa mengutamakan keharmonian dan toleransi antara kaum, prihatin terhadap golongan warga tua, remaja, kanak-kanak dan masyarakat kurang upaya, tanpa membezakan jantina, taraf sosio-ekonomi dan penduduk antara bandar dan luar bandar.
r Mengambil Berat Terhadap Masa Depan
Merangkumi pendapat bahawa generasi semasa mengurus sumber-sumber semasa dengan cara yang memungkinkan pengekalan opsyen- opsyen pengurusannya oleh generasi akan datang di masa hadapan dan pambangunan yang menekankan penggunaan sumber asli secara mampan dan menitik beratkan langkah-langkah perlindungan alam sekitar.
|
Apakah peranan anda? |
· Meningkatkan kualiti dan keselesaan hidup semua lapisan masyarakat melalui kerjasama dalam menjaga kebersihan persekiratan bandar anda.
· Penyertaan aktif masyarakat tempatan untuk berbincang dan menyumbang idea secara muafakat misalnya penglibatan awam dalam rancangan pemajuan (rancangan struktur dan rancangan tempatan). sila rujuk risalah bersiri Peranan Awam Dalam Perancangan: siri 019
· Perkongsian tanggungjawab menjaga kampung halaman, bak kata pepatah ‘di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung’
· Saling tegur menegur secara membina di antara masyarakat
· Mengamalkan nilai-nilai yang sihat dalam hidup misalnya mencintai alam sekitar dan menggunakan sumber alam dengan baik.
· Peka dan prihatin kepada isu-isu alam sekitar di sekeliling anda.
· Bertindak secara tepat dan bijak dalam pengurusan alam sekitar.
· Mengamalkan kitar semula bagi bahan buangan.