Perancangan dan
Pembangunan Sejagat

 

 

Doktrin Perancangan & Pembangunan Sejagat

Doktrin Perancangan dan Pembangunan Sejagat (Doktrin Perancangan) merupakan hasil dari kepekaan dan kesedaran kepada kepentingan perkembangan manusia dalam pembangunan negara. Bagi menyokong sepenuhnya Wawasan 2020, amalan-amalan perancangan semasa perlu diperbaiki supaya dapat memberi panduan yang komprehensif kepada usaha-usaha perancangan dan pembangunan negara.

Falsafah sejagat jelas menganjurkan pendekatan perancangan yang sistemetik dan rapi bagi menjamin kejayaannya. Berbagai-bagai bentuk kegagalan dan kemusnahan telah dapat dilihat merata-rata dunia kerana kecuaian dalam mengendalikan sesuatu pembangunan.

Amalan perancangan pembangunan yang sempurna, berwawasan serta mengambil kira kepentingan kerohanian dan alam persekitaran adalah perlu bagi mewujudkan perancangan yang menyeluruh.

Justeru, teras utama Doktrin ini ialah integrasi nilai kerohanian dalam perancangan hasil daripada jalinan 3 hubungan yang menjadi asas sesuatu masyarakat.  

 

Apakah Teras Utama Doktrin ?

 

 

Teras utama Doktrin ini adalah intergrasi nilai kerohanian dalam perancangan hsil daripada jalinan tiga hubungan yang menjadi asas sesuatu masyarakat, iaitu ;

                                                     Hubungan MANUSIA dengan PENCIPTANYA

Hubungan MANUSIA dengan MANUSIA

Hubungan MANUSIA

dengan ALAM SEKELILING

 

Perhubungan antara Manusia dan Pencipta menjadi fokus dalam segala aktiviti kehidupan dan kemasyarakatan serta memupuk dan memperkukuhkan sifat ketaqwaan manusia kepada pencipta. Sejarah telah membuktikan bahawa kehancuran dan kemusnahan tamadun terdahulu adalah kerana manusia lali dan lupa kepada Pencipta. Oleh itu, perancangan dan pembangunan perlu lebih menonjolkan aspek-aspek yang tertentu agar manusia mempunyai kesedaran dan berupaya mendekatkan diri dengan pencipta.

Fokus hubungan manusia dengan manusia membawa maksud bahawa manusia tidak mampu hidup sendirian kerana makna kehidupan adalah kesempurnaan hidup bermasyarakat. Oleh itu, pengwujudan kelompok unit kejiranan adalah selaras dengan tema Masyarakat Penyayang.

Hubungan manusia dengan alam sekitar adalah bertumpu kepada manusia sebagai pentadbir di atas muka bumi dan bertanggungjawab untuk melindungi, mengindahkan, menjaga dari sebarang kerosakan.

Konsep pembangunan mampan memastikan sumber alam dapat digunakan dengan sebaik mungkin tanpa menjejaskan keperluan generasi akan datang.

Hubungan ketiga-tiga ini membentuk prinsip-prinsip perancangan dan pembangunan sejagat yang dikenalpasti dan dijadikan kriteria bagi merumuskan dan membentuk Garis Panduan Perancangan dan Pembangunan Sejagat.

Oleh yang demikian, perancangan dan pembangunan harus mampu mewujudkan persekitaran kehidupan bermasyarakat yang serba lengkap, memupuk semangat kejiranan dan kekeluargaan serta menggalakkan integrasi di kalangan pelbagai lapisan masyarakat.

Dengan mengambil kira nilai-nilai yang berkaitan dengan tiga jenis hubungan di atas, doktrin ini akan menjalainkan penghasilan satu persekitaran yang sempurna, berfungsi dan memberi manfaat kepada manusia sejagat.

 

 

DOKTRIN PERANCANGAN DAN PEMBANGUNAN SEJAGAT

 

 

 

 

 

 

 

 

 


 

 

 

TIGA JENIS HUBUNGAN

 

 

FALSAFAH PERANCANGAN DAN PEMBANGUNAN SEJAGAT

 

 

Text Box: P

 

Text Box: M

 

 

 

HUBUNGAN MANUSIA DENGAN PENCIPTANYA

 

 

 

SIFAT MENYELURUH

MANUSIA SEBAGAI FOKUS PEMBANGUNAN

 

AKTIVITI BANYAK DIMENSI

PERUBAHAN KUANTITATIF DAN KUALITATIF

 

PENGUNAAN DAN PENGAGIHAN SUMBER DENGAN SAKSAMA

 

 

Text Box: M

Text Box:          M

 

 

  

HUBUNGAN MANUSIA DENGAN MANUSIA 

 

Text Box: M          A
 

HUBUNGAN MANUSIA DENGAN ALAM SEKELILING

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Hosted by www.Geocities.ws

1