![]()
![]()
|
Apakah Perancangan Bandar ? |
# Perancangan Bandar dan Desa lebih dikenali atau lebih dirujuk sebagai ‘perancangan bandar’ atau ‘perancangan fizikal’ atau ‘perancangan gunatanah’.
# Perancangan Bandar merupakan satu seni dan sains mengenai cara mengaturkan kegunaan tanah dan cara meletakkan bangunan serta laluan perhubungan agar memperolehi penjimatan, keselesaan dan keindahan diperas yang praktik (Lewis Keeble, Principle and Practice of Town and Country Planning’, 1969)
# Perancangan Bandar adalah satu bidang yang dapat menentukan suasana hidup yang sempurna melalui gabungan alam bina dan alam sekitar secara harmoni.
|
Konsep Perancangan Bandar |
# Secara asasnya Perancangan Bandar mengandungi elemen-eleman seperti berikut :
√ Ia melibatkan keadaan di suatu masa yang akan datang.
√ Ia mementingkan kesejahteraan dan keselesaan masyarakat.
√ Ia mengandaikan bahawa kemajuan ekonomi dan sosial berkait rapat dengan fizikal.
# Perancangan bandar boleh dikatakan sebagai satu proses persediaan, terdahulu dan di dalam bentuk teratur, cadangan-cadangan bagi dasar-dasar tindakan untuk mencapai tujuan yang tertentu.
# Perancangan bandar bererti pengawalan terhadap pembangunan dengan cara mengawal kegunaan tanah.
# Kegunaan tanah adalah dirancang terlebih dahulu dengan berpandukan kepada keperluan masa kini dan akan datang.
# Perancangan bandar juga boleh ditakrifkan sebagai satu proses penggubalan dasar-dasar yang akan digunakan sebagai panduan bagi mewujudkan satu persekitaran yang diinginkan sesuai dengan kehendak tamadun.
|
Matlamat Perancangan Bandar |
Matlamat utama Perancangan Bandar adalah bagi mewujudkan suasana alam sekeliling yang sempurna dan dapat memberi keselesaan kepada masyarakat hari ini dan akan datang secara keseluruhannya.
|
Siapa Perancang Bandar |
# Perancangan Bandar dan Desa di Malaysia adalah satu bidang perkhidmatan teknikal yang telah wujud sejak 1921 yang mana dengan tertubuhnya Jabatan Perancangan Bandar dan Desa.
# Bidang ini diiktirafkan sebagai profesional yang setaraf dengan kejuteraan, ukur tanah dan senibina.
# Profesional dalam Perancangan Bandar dan Desa ini biasanya di kenali sebagai ‘Pegawai Perancangan Bandar dan Desa’ atau "Pegawai Perancang” di sektor awam, manakala di sektor swasta pula lebih dikenali sebagai “Jururancang Bandar" atau "Perancangan Bandar”.
|
Sistem Perancangan Bandar di Malaysia |
# Sistem perancangan bandar di Malaysia adalah berdasarkan kepada sistem kerajaan Malaysia.
# Sistem pemerintahan terbahagi kepada tiga peringkat ; persekutuan, negeri dan tempatan yang mana ketiga-tiga peringkat ini mempunyai Jabatan Perancangan Bandar yang tersendiri.
# Peringkat Persekutuan ; di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan terdapat Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri.
# Peringkat Negeri ; di bawah kerajaan negeri masing-masing terdapat Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri.
# Manakala di peringkat tempatan ; Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan merupakan pihak yang bertanggungjawab dan berdasarkan Akta Perancang Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) Pihak Berkuasa Tempatan adalah Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan.
# Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) adalah sebagai alat untuk
√ Membentuk pembangunan yang mampan, menyeluruh, teratur dan sempurna.
√ Menyediakan kehidupan yang selesa untuk semua lapisan masyarakat melalui kawalan pembangunan.
|
Sistem Kawalan Perancangan |
# Akta 172 mempunyai sistem kawalan dan peraturan yang sempurna bagi Perancangan Bandar dan Desa bagi tujuan kawalan perancangan.
# Kuasa perancangan yang tertinggi telah diberi kepada Pihak Berkuasa Negeri yang “bertanggungjawab bagi dasar am berkenaan dengan merancang dalam pemajuan dan penggunaan semua tanah dan bangunan dalam kawasan pihak berkuasa tempatan di dalam negeri” (Seksyen 3, Akta 172).
# Akta 172 juga telah memberikan tanggungjawab bagi penyediaan ‘rancangan struktur’ dan ‘rancangan tempatan’ pada pihak awam, khususnya pada Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan.
# Perancangan bandar adalah hak milik masyarakat, oleh itu kawalan perancangan juga terdapat peranan dari awam melalui proses kebenaran merancang di dalam ‘kawalan rancangan’ (Bahagian IV Akta 172).
|
Badan Profesional Perancangan Bandar |
# Pertubuhan Perancangan Malaysia (Malaysia Institute Of Planners, MIP)
BIM Building, 51M Jalan SS21/56B, Damansara Utama,
47400 Petaling Jaya, Selangor.
# Lembaga Perancangan Bandar Malaysia (Board of Town Planners Malaysia)
d/a Jabatan Perancangan Bandar dan Desa,
Semenanjung Malaysia, Jalan Cenderasari,
50646 Kuala Lumpur.