PIAWAIAN 

PERANCANGAN

 

 

Apa Itu Piawaian Perancangan Bandar?

 *    Merupakan kenyataan bertulis yang mengandungi panduan yang menjadi rujukan dalam memajukan pembangunan.

*    Ianya digunakan oleh Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan (PBPT) dalam mengawal pembangunan agar bersifat seragam, terjamin kesihatan dan keselamatan dalam aktiviti gunatanah.

*    Setiap pemajuan oleh sesiapapun, perlu mengikuti garispanduan yang telah ditetapkan.

 

Apa Faedahnya Mengetahui Garispanduan Ini?  Bila Masa Ia Digunakan?

 *        Perancangan dan pembangunan yang dimajukan akan digunakan oleh pihak awam, oleh itu pihak awam perlu sedar hak dan apa yang berlaku di kawasan petempatan mereka.

 *        Membantu bagi menyedarkan pihak berkuasa mengenai perkara-perkara yang bertentangan dengan prinsip perancangan.

 *        Mampu memberikan komen dan pendapat mengenai sistem petempatan yang lebih baik kepada PBPT.

 

Apa Kepentingan Piawaian Perancangan?

 *        Sekiranya tiada garispanduan serta kawalan terhadap pembangunan bandar, akan berlaku

 *        masalah-masalah perbandaran yang lebih serius.

 *        Akibat tiada perancangan dan kawalan, wujud kawasan sesak seperti di kawasan setinggan.

  

Kebaikan Piawaian Perancangan Bandar

 *        Penyediaan susunatur, rekabentuk bangunan serta kemudahan asas dan awam dapat diselaraskan untuk mencapai proses perancangan yang lebih berkesan.

 *        Boleh mengelakkan daripada percanggahan gunatanah atau bangunan melalui pemakaian piawaian ketumpatan penduduk dan bangunan.

 *        Dapat membantu mewujudkan alam persekitaran yang selesa didiami.

  

Contoh Piawaian Perancangan Bagi Kawasan Kediaman

 *        Berikut adalah sebahagian daripada piawaian kawasan kediaman yang menunjukkan anjakan bangunan.

*        Rujukan piawaian dan garispanduan sepenuhnya dan terperinci boleh diperolehi daripada PBPT di kawasan anda, atau Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) Negeri.

  

Hosted by www.Geocities.ws

1