SENIBINA & WARISAN SEJARAH


|
Warisan Senibina Bangunan |
# Malaysia mempunyai pembangunan semenjak zaman penjajah, maka sesetengah bangunan telah dibina daripada zaman tersebut.
# Bangunan-bangunan lama atau tapak yang tinggal pada masa kini perlu dilindungi kerana ianya mempunyai harga yang tidak ternilai dari segi warisan sejarah.
# Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, (Akta 172) telah memberi peruntukan perlindungan kepada bangunan-bangunan lama.
# Ini bagi mengekal dan memelihara sejarah agar ianya tidak musnah dengan pembangunan masa kini.
|
Apa Maksud Pemeliharaan Bangunan Warisan? |
# Pemeliharaan merupakan satu proses penjagaan sesuatu tempat atau bangunan bagi tujuan mengekalkan corak, kebudayaan dan keadaan asalnya.
# Mengekalkan warisan senibina bangunan ini juga melibatkan proses penyelenggaraan, pengekalan, pemeliharaan, pembinaan semula, dan pengubahsuaian.
|
Garispanduan Perancangan Terhadap Senibina Warisan |
# Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan (PBPT) mempunyai garispanduan bagi sesiapa yang ingin memajukan atau membangunkan kawasan yang mempunyai bangunan warisan.
# Secara am, garispanduan yang terdapat di Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan (PBPT) merangkumi perkara berikut :
ü Ketinggian bangunan
ü Bumbung
ü Muka bangunan (Fasad)
ü Beranda (Corridor)
ü Tingkap
ü Bahan-bahan
ü Anjakan Bangunan
ü Lain-lain seperti;
Perletakan papan iklan, alat-alat perlindungan matahari, perletakan alat pengudaraan, dan bahan-bahan hiasan jalan (bangku dll)
|
Peruntukan Akta 172 Terhadap Warisan Senibina |
Rancangan Tempatan
# Seksyen 12(3)(a) viii
>> Rancangan tempatan perlu membuat perincian cadangan bagi memelihara dan mengindah cirri dan rupa bangunan.
Laporan Cadangan Pemajuan
# Seksyen 21A(d) iii dan 21(B)(1)(b)
>> Peruntukan kepada pemaju menyenaraikan butir-butir bangunan terutama yang mempunyai nilai senibina dan sejarah serta langkah untuk melindungi, memelihara dan mengindahkannya.
Kebenaran Merancang
# Seksyen 22 i, j, k
>> Keperluan mematuhi garispanduan memelihara bangunan yang mempunyai nilai sejarah ketika permohonan kebenaran merancang.
# Seksyen 22 (i)
>> Pembangunan yang melibatkan pendirian bangunan baru, atau pendirian semula perlu mematuhi syarat untuk pembangunan yang mempunyai kesinambungan antara baru dan lama dalam segala aspek.
# Seksyen 22 (j)
>> Pemajuan yang melibatkan pengubahan tambahan kepada bangunan sediada, syarat untuk memastikan muka bangunan (fasad) dan ciri luaran lain dikekalkan.
# Seksyen 22 (k)
>> Pemajuan yang melibatkan pendirian semula bangunan yang mempunyai kepentingan sejarah, syarat untuk memastikan muka bangunan dan ciri luaran lain bangunan yang dirobohkan itu dikekalkan.
|
Larangan Pembangunan Tanpa Kebenaran Merancang |
# Lazimnya kerja-kerja terhadap bangunan bersejarah atau bersenibina boleh melibatkan;
>> Meruntuhkan, menggangu, menurunkan atau mengubah bangunan.
>> Penambahan ketinggian atau keluasan, pengubahsuaian, pembaikan semula atau penyesuaian terhadap bangunan.
>> Membangunkan semula atau menukar bumbung bangunan atau sebahagian darinya; dan
>> Perkara yang biasa dijalankan oleh seseorang yang menjalankan urusan pembinaan.
Yang demikian, ini tertakluk kepada larangan pembangunan melainkan terlebih dahulu mendapatkan kebenaran bertulis daripada PBPT.
|
Denda Yang Boleh Dikenakan |
# Mereka yang didapati bersalah kerana menjalankan sesuatu aktiviti ke atas bangunan bersejarah, jika sabit kesalahan boleh didenda di bawah Seksyen 26(1) Akta 172.
# Denda maksimum yang boleh dikenakan adalah RM 500,000.00 dan denda tambahan sehingga RM 5,000.00 sehari bagi tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan atau hukuman penjara maksima 2 tahun atau kedua-duanya.
# Sekiranya Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan mendapati sesuatu pemajuan telah atau sedang berjalan tanpa kebenaran merancang pihak berkuasa tempatan, notis dikeluarkan untuk menghentikan kerja pemajuan.
# Sekiranya notis ini dilanggar ianya boleh didenda sehingga RM 100,000.00 dan RM 5,000.00 setiap hari kesalahan ini diteruskan.
|
Akta Dan Perundangan Yang Boleh Dirujuk Berkiatan Dengan Senibina Dan Warisan Bangunan |
· Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)
· Akta Benda Purba 1976 (Akta 168)
· Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133)
· Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)
· Enakmen-enakmen di peringkat negeri
|
Ciri-Ciri Pengaruh Penjajahan Kepada Corak Senibina Di Bandar-Bandar Lama Malaysia |
Kesultanan Melayu Melaka (1409)
Portugis (1511 – 1641)
Belanda (1641 – 1786)
Inggeris (1786 – 1941)
Jepun (1941 – 1945)
Jepun (1945 – 1957)