![]()
POKOK MEMPUNYAI HAK ?
|
Kenapa Pokok Perlu Perlindungan? |
# Pokok merupakan aset semulajadi dan menjadi tanggungjawab setiap individu untuk memeliharanya. Tujuan pemeliharaan adalah bagi menjamin sumber akan datang bagi generasi akan datang untuk sama-sama menikmatinya.
# Bahagian VA Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 (Akta 172) memberi perlindungan khas kepada pokok-pokok matang untuk memastikan ianya tidak ditebang dan sistem ekologi semasa sesuatu kawasan dapat dikekalkan.
# Seksyen 35A memberi kuasa kepada Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan (PBPT) untuk mengeluarkan perintah pemeliharaan pokok yang terancam kepupusan atau yang mempunyai nilai-nilai istimewa.
|
Apa Hak Pokok? |
# Seksyen 35H Bahagian VA, Akta 172 memberikan peruntukan perlindungan khas kepada pokok yang mempunyai ukur lilit melebihi 0.8 meter, tidak boleh ditebang kecuali dengan izin Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan.
# Penebangan pokok yang dibenarkan hendaklah diberi secara bertulis oleh PBPT.
# PBPT juga boleh mensyaratkan mana-mana pokok yang ditebang perlu digantikan dengan penanaman semula.
# Langkah penanaman semula adalah sebagai alternatif supaya larangan ini tidak dilihat sebagai menyekat aktiviti pembangunan.
|
Apa Takrif Merosakkan Pokok? |
Merosakkan atau memusnahkan pokok termasuklah;
>> Aktiviti mengguris, mengopek, memaku, mengecat, meracun, membakar, menebuk, menampal, menakek, manakuk, mengikat, dengan dawai dan menoreh sepanjang lilitan pokok serta lain-lain aktiviti yang boleh mencedera dan mencacatkan pokok berkenaan.
|
Pokok Yang Bagaimana Perlu Dilindungi? |
# Pokok yang diancam kepupusan
√ Rare
Pokok yang disenaraikan dalam spesis pokok yang jarang ditemui tetapi mempunyai jumlah yang masih terkawal.
√ Endemic
Pokok yang disenaraikan dalam spesis pokok yang hanya didapati di tempat-tempat tertentu sahaja.
√ Endangered
Pokok yang disenaraikan dalam spesis pokok yang sukar ditemui dan jumlah yang semakin berkurangan.
# Pokok yang mempunyai nilai istimewa
√ Nilai Tersendiri
Spesis pokok yang mempunyai keindahan semulajadi atau mempunyai nilai estetik tempatan atau sebagai penghadang fizikal terhadap pemandangan yang buruk atau lain-lain nilai.
√ Nilai Sejarah
Spesis pokok yang terdiri daripada mana-mana spesis pokok yang tumbuh atau ditanam sempena sesuatu upacara dan mempunyai kepentingan negara.
# Pokok yang berada di dalam kawasan perlindungan.
# Semua spesis yang telah diaktifkan dalam mana-mana undang bertulis mengenai pokok-pokok yang terletak di dalam kawasan yang diistihar kawasan hutan simpan, kawasan tadahan air, kawasan pemeliharaan bukit dan lain-lain.
|
Anda Boleh Didakwa Dan Didenda Kerana Merosakkan Pokok? |
# Seksyen 35A (4) Akta 172, seseorang yang melanggar peruntukan perintah pemeliharaan pokok, dan terbukti bersalah boleh didakwa seksyen ini boleh dikenakan denda sehingga RM 100,000.00 atau penjara sehingga 6 bulan atau keduanya.
# Seksyen 35E (1) Akta 172, seseorang yang didapati bersalah kerana menebang mana-mana pokok di bawah perintah pemeliharaan pokok, harus dan mesti menggantikan pokok itu dengan menanam pokok yang lain daripada saiz, spesis yang sesuai, tempat yang berdekatan atau tempat lain, serta dalam tempoh yang ditetapkan; mengikut syarat-syarat PBPT.
# Pokok yang melebihi 0.8 meter jika ditebang oleh seseorang dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM 10,000.00 atau penjara tidak melebihi 3 bulan atau keduanya.