
|
Apakah Notis Beli? |
# Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) memberikan kuasa kepada tuan tanah berdaftar untuk menyampaikan notis kepada Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan (PBPT) untuk membeli tanahnya berdasarkan alasan dan kepentingan tertentu.
# Bagi Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan pula, ia hendaklah berusaha untuk membeli tanah tersebut dengan menggunakan undang-undang pengambilan tanah.
# Tanah yang terlibat di bawah akta ini adalah:
√ Tanah yang tidak lagi boleh digunakan dengan berfaedah kerana ianya telah dizonkan atau digazetkan sebagai maksud kepentingan awam.
|
Siapa Yang Boleh Memohon Notis Beli? |
Pemilik tanah yang berdaftar dan tanah mereka telah terlibat dengan zon-zon perancangan di dalam rancangan tempatan (RT). Zon tersebut adalah seperti berikut :
# Satu kawasan, bangunan atau milik persendirian atau kerajaan, pasar, dewan orang ramai, tempat ibadah, gerai-gerai, medan, lapangan, kompleks sukan, kompleks rekreasi, padang permainan, taman rekreasi, loji air kumbahan dan lain-lain lagi yang boleh digunakan oleh orang ramai.
# Kawasan yang diperlukan bagi ‘kepentingan awam’ seperti menjaga alam sekitar.
# Satu kawasan yang digunakan bagi tujuan tempat awam di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).
|
Apa Syarat-Syarat Bagi Mengeluarkan Notis Beli Pada Pihak Berkuasa Perancangan? |
# Pemohon mestilah Pemilik tanah berdaftar
# Tuan tanah atau wakilnya telah mengemukakan permohonan kebenaran merancang (Seksyen 22(1)) kepada PBPT; dan PBPT enggan memberi kebenaran merancang kerana tanah yang dipohon telah terlibat dengan kegunaan awam.
# Pemilik tanah yang telah menerima notis permintaan daripada pihak PBPT (Seksyen 30(1)); dan telah menerima pampasan yang sewajarnya, ianya tidak layak untuk mengemukakan notis beli.
# Lazimnya dokumen yang disertakan dalam Notis Beli;
√ 1 Salinan kad pengenalan
√ 1 Salinan cukai tanah terakhir
√ 1 Salinan surat penolakan kebenaran merancang atau salinan notis permintaan
√ 1 Salinan surat rayuan kepada Lembaga Rayuan dan keputusan Lembaga Rayuan (bagi pemilik yang mempunyai notis permintaan sahaja)
√ Laporan Penilaian mengenai pegangan harta / tanah tersebut yang disahkan oleh seorang penilai berdaftar mengenai nilai pasaran semasa.
√ 1 kenyataan fakta serta alasan lengkap dakwaan berhubung notis beli ini.
|
Bagaimana Mahu Memulakan Permohonan Notis Beli Ini? |
# Pemohon perlu melalui proses kebenaran merancang kepada PBPT.
# Sekiranya PBPT enggan memberi kebenaran merancang, atas alasan tanah tersebut telah dizonkan dalam rancangan pemajuan sebagai berkepentingan awam;
√ Sebelum atau dalam tempoh 6 bulan, pemohon perlu kembali ke PBPT untuk permohonan notis beli.
# Pemilik tanah atau wakil perlu menyerahkan permohonan kepada PBPT, di mana tanah itu terletak.
|
Apa Kepentingan Notis Beli? |
# Merupakan salah satu hak awam yang telah diperuntukan bagi pemilik tanah.
# Pemilik tanah yang telah menanggung kerugian daripada perancangan yang dibuat di peringkat daerah akan dilindungi dengan hak mereka untuk menuntut ganti rugi.
# Satu situasi yang adil bagi pemilik tanah dan Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan kerana pengezonan tanah untuk kemudahan awam adalah diperlukan.
|
Apa Hasil Daripada Notis Beli? |
# Tanah milik persendirian boleh menjadi milik awam dengan cara PBPT mengeluarkan notis beli.
# Sesuatu notis beli itu hanya akan diketahui oleh pihak awam setelah penyiasatan dijalankan.
# Tanah yang terlibat dengan notis beli adalah berkaitan dengan tanah bagi kegunaan orang ramai.
# Tanah yang telibat akan diberikan pampasan yang setimpal dan sewajarnya.