PERMINTAAN


|
Apakah Notis Permintaan? |
# Notis permintaan merupakan notis yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan kepada pemilik tanah berdaftar.
# Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) telah memperuntukkan notis permintaan ini di bawah Seksyen 30.
# Notis permintaan berdasarkan Akta 172 adalah notis yang mengandungi perintah untuk
√ Menghentikan penggunaan tanah
√ Pihak berkuasa mengenakan syarat tertentu ke atas penggunaan tanah yang berterusan
√ Pihak berkuasa mengeluarkan arahan untuk mengubah atau memindahkan mana-mana bangunan / kerja di atas sesuatu tanah.
|
Siapa Yang Terlibat Dengan Notis Permintaan? |
# Notis dikeluarkan kepada pemilik tanah yang membangunkan tanah dan pembangunan mereka telah menimbulkan konflik pada gunatanah.
# Pembangunan yang tidak sesuai ini disekat bagi mengurangkan tekanan kepada pembangunan sediada dan akan datang.
# Tindakan ke atas pemilik tanah ini adalah bagi mengawal perancangan yang tidak mengikut syarat yang telah ditetapkan
# Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan (PBPT) mengambil tindakan setelah mempunyai bukti yang dapat menerangkan mengenai kesalahan yang dilakukan oleh pemilik tanah
# PBPT bertindak berdasarkan kepada keputusan Pihak Berkuasa Negeri.
|
Adakah Keputusan Notis Permintaan Ini Muktamad Daripada Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan? |
# Sekiranya ada pihak yang tidak bersetuju atau terkilan dengan keputusan yang diberikan ini, ianya boleh membuat rayuan (Seksyen 30(2)).
# Rayuan boleh dikemukakan kepada lembaga rayuan bagi mendengar rayuan pemilik mengenai mengapa notis permintaan tidak perlu dikeluarkan.
|
Apa Peranan Lembaga Rayuan Dalam Notis Permintaan? |
# Lembaga rayuan akan mendengar dan menilai sama ada notis permintaan oleh Pihak Berkuasa Perancang Negeri boleh dikenakan ke atas pemilik tanah terbabit (Seksyen 30(4)).
# Lembaga rayuan juga berfungsi sebagai pihak tengah untuk membuat keputusan muktamad.
# Semasa kes ini difailkan di lembaga rayuan, notis permintaan tersebut akan bergantung dengan sendirinya sehingga keputusan rayuan dikeluarkan (Seksyen 30(3)).
|
Apa hak-hak awam lain yang terdapat dalam Notis Permintaan ini ? |
# Sekiranya wujud apa-apa kerosakan atau susut nilai tanah atau apa-apa belanja akibat dari pemilik tanah telah mematuhi notis permintaan tersebut; pemilik tanah boleh menuntut ganti ruginya daripada PBPT (Seksyen 30(5)).
# Pemilik tanah boleh memohon untuk menentukan cara dan masa yang diperlukan untuk menjelaskan kos ganti rugi tersebut (Seksyen 30(5)).
# PBPT akan menilai dan memberikan kos ganti rugi tersebut setelah berpuas hati dengan jumlahnya (Seksyen 30(6)).
# Sekiranya pemilik tanah tidak berpuas hati dan terkilan dengan jumlah kos pampasan tersebut, ianya boleh dibawa ke lembaga rayuan untuk pertimbangan semula (Seksyen 30(7)).
# Lembaga rayuan akan bertindak sebagai pentaksir kos yang sebenarnya perlu dibayar.
|
Bagaimana sekiranya notis permintaan ini gagal dipatuhi? |
# Seksyen 30(1) memberi perintah kepada penerima notis permintaan untuk mematuhi arahan tersebut dalam tempoh tidak kurang daripada satu bulan atau 30 hari.
# Keputusan lembaga rayuan adalah berbentuk menerima notis permintaan tersebut, menolak notis permintaan tersebut atau mengenakan syarat atas pelaksanaan notis permintaan tersebut.
# Sekiranya selepas lembaga rayuan, notis permintaan tersebut tidak dipatuhi ia boleh disabitkan dengan kesalahan melanggar notis permintaan.
# Seksyen 30(8) memperuntukkan sesiapa yang didapati sabit kesalahan kerana tidak mematuhi atau melanggar arahan notis permintaan ini, ia boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM 100,000.00.
# Setiap sehari kesalahan tersebut dilakukan adalah denda tambahan sebanyak RM 5,000.00.
|
Melanggar Arahan Notis Permintaan Boleh Menyebabkan Aset Anda Disita, Dirampas, Diroboh |
# Sekiranya arahan notis permintaan tidak dipatuhi seperti menghentikan sesuatu pemajuan atau aktiviti selepas tempoh yang dibenarkan tempoh lanjutannya, tindakan boleh diambil terhadap tanah tersebut.
# Pihak Berkuasa Perancang Tempatan berhak dan berkuasa di bawah Seksyen 3(1) Akta 172 mengambil apa sahaja langkah untuk melaksanakan notis permintaan tersebut.
# Tindakan yang boleh diambil adalah termasuk merampas, meroboh atau mengubah apa sahaja yang menghalang notis permintaan ini.
# Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan boleh menuntut perbelanjaan dan kos bagi melaksanakan notis permintaan ini daripada pemilik tanah (Seksyen 31(3)).