LEMBAGA RAYUAN  

                                                                                                 

APAKAH LEMBAGA RAYUAN?

Lembaga Rayuan berfungsi untuk memberikan peluang kepada seseorang untuk mengemukakan rayuan sekiranya merasa terkilan atau tidak berpuashati dengan Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan (PBPT) untuk pertimbangan semula keputusan tersebut kepada Lembaga Rayuan.

 

SIAPA AHLI LEMBAGA RAYUAN?

.    Lembaga Rayuan wujud berdasarkan peruntukan di bawah Seksyen 36, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)

.    Terdapat hanya sebuah lembaga rayuan bagi setiap negeri.

.    Lembaga Rayuan dipengerusikan oleh seorang yang sedang berkhidmat ataupun bekas hakim, peguambela dan peguam cara yang  mempunyai pengalaman luas dari segi kehakiman dan Undang-Undang Malaysia.

.    Ahli Lembaga Rayuan dilantik oleh Pihak Berkuasa Kerajaan Negeri yang mana jumlahnya tidak lebih daripada 12 orang.

 

APAKAH JENIS-JENIS RAYUAN DI DALAM LEMBAGA RAYUAN?

Kes-kes rayuan boleh dikemukakan mengikut peruntukan di dalam Akta 172 seperti berikut;

 

&   Rayuan Terhadap Kebenaran Merancang

        Seksyen 23 (1) (a) & (b)

4    Rayuan boleh dilakukan sekiranya berlaku rasa tidak puas hati atau terkilan dengan keputusan yang telah dibuat oleh PBPT berhubung dengan kebenaran merancang, atau syarat-syarat yang dikenakan dalam memberikan kebenaran merancang.

4    Rayuan untuk menimbang semula keputusan PBPT bertindak di bawah Seksyen 21B (1) (b), iaitu langkah untuk memelihara, memulihara dan mengindahkan bangunan yang mempunyai kepentingan sejarah.

 

&   Amaun Pampasan 

        Seksyen 25 (9) :

4    Sekiranya seseorang telah terkilan atau tidak berpuashati dengan sesuatu pembayaran balik atau pampasan yang ditawarkan atau dibayar kepadanya daripada PBPT mengenai penarikan balik kebenaran merancang atau meminda kebenaran merancang; ia boleh merayu kepada Lembaga Rayuan untuk menaksir semula amaun tersebut.

 

&   Notis Permintaan

        Seksyen 30 (2) :

        Bagi seseorang yang terkilan dengan sesuatu yang dikeluarkan oleh PBPT;

      (i)       Meminta agar diberhentikan penggunaan itu; atau

(ii)      Mengenakan apa-apa syarat bagi penggunaan tanah itu yang berterusan sebagaimana yang dinyatakan dalam notis permintaan itu; atau

(iii)    Meminta supaya langkah-langkah yang dinyatakan dalam notis permintaan itu diambil untuk mengubah atau memindahkan bangunan atau kerja itu;

Maka seseorang itu boleh mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan berhubung notis ini.

 

&   Pampasan Notis Permintaan

    Seksyen 30 (7) :

      Berkaitan dengan notis permintaan daripada PBPT. Sekiranya seseorang tidak berpuashati dengan jumlah amaun pampasan yang telah diberikan kepadanya daripada PBPT; berbanding dengan jumlah kerosakan atau menyebabkan susut nilai ke atas tanah, ia boleh merayu untuk menimbangkannya semula.

 

&   Perintah Pemeliharaan Pokok 

        Seksyen 35 C :

       Sekiranya seseorang tidak berpuashati dengan;

      (a)    Suatu perintah pemeliharaan pokok

(b)    Mana-mana peruntukan dalam suatu perintah pemeliharaan pokok;

(c)    (i)   Penolakan pemberian kebenaran merancang bertulis; atau

       (ii)   Mana-mana syarat yang dikenakan ke atas pemberian suatu kebenaran bertulis; di bawah perenggan (a) Seksyen 35A (2); atau

(d)    Suatu perintah untuk menanam atau menggantikan pokok di bawah perenggan (b) Seksyen 35A(2); boleh mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh perintah pemeliharaan dikeluarkan.

 

 

 

&   Pampasan Perintah Pemeliharaan Pokok

        Seksyen 35 D :

        Peruntukan bagi membuat tuntutan pampasan kepada PBPT daripada seseorang yang telah membuktikan bahawa pihaknya mengalami kerugian dan berlakunya susut nilai ke atas tanahnya akibat daripada mematuhi Seksyen 35 C (a) hingga (d).

 

&   Penggantian Pokok

        Seksyen 35 E :

        Sekiranya perintah untuk penggantian pokok telah dikeluarkan kepada seseorang yang didapati bersalah kerana menebang pokok yang mempunyai perintah pemeliharaan pokok;   jika timbul rasa terkilan dengan arahan tersebut, orang tersebut boleh merayu untuk mengenepikan arahan atau melanjutkan tempoh penggantian penanaman semula pokok.

 

BAGAIMANA MENDAPATKAN KHIDMAT LEMBAGA RAYUAN?

 4    Bagi yang ingin memohon kes-kes mereka didengar di Lembaga Rayuan, anda boleh menghubungi Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) Negeri yang berkenaan di mana tapak pembangunan itu berada.

 4    Kadar bayaran akan ditentukan oleh Lembaga Rayuan bagi negeri-negeri yang berkenaan, bayaran adalah berdasarkan kepada Kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri melalui kaedah-kaedah yang diterima pakai.

 4    Untuk mengetahui proses yang lebih terperinci sila dapatkan khidmat pertanyaan di JPBD Negeri.

Hosted by www.Geocities.ws

1