





![]()
Penguatkuasaan Perancangan
· Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 (Akta 172) memperuntukkan kuasa bagi Majlis Perbandaran Taiping (MPT), selaku PBPT bertindak sebagai penguatkuasa.
· Sebagai penguatkuasa MPT boleh mendakwa mana-mana pihak yang melakukan kesalahan di bawah akta ini.
· Semua kerja yang melibatkan pembangunan, perlu terlebih dahulu mendapatkan kebenaran merancang dari MPT (sila rujuk risalah bertajuk Kebenaran Merancang).
· Dalam erti kata lain, semua perkara perlu dirujuk kepada MPT terdahulu.
· Bagaimanapun, terdapat perkara-perkara yang tidak memerlukan kebenaran merancang, dan perkara-perkara tersebut adalah terkecuali dari sebarang penguatkuasaan ini.
Apa Kesalahan-Kesalahan Kawalan Perancangan Di Bawah Seksyen 27 Akta 172 ?
· Menjalankan apa sahaja bentuk pembangunan tanpa kebenaran merancang.
· Perubahan tentang penggunaan bangunan atau tanah yang menyebabkan percantuman antara bangunan.
· Menyentuh fungsi dan rupa di sebelah luar bangunan.
· Menambah tinggi bangunan atau luas lantai bangunan.
· Menjalankan kerja penambahan bangunan yang mengakibatkan sistem perparitan, kebersihan atau kekuatan struktur bangunan.
· Melanggar atau mengakibatkan perancangan yang tidak sesuai dan bertentangan dengan mana-mana rancangan tempatan.
Apa Kesalahan-Kesalahan Kawalan Perancangan Di Bawah Seksyen 28 Akta 172 ?
Penguatkuasaan bagi larangan berkaitan dengan pemajuan yang berlawanan dengan kebenaran merancang.
Apa Kesalahan-Kesalahan Kawalan Perancangan Di Bawah Seksyen 29 Akta 172 ?
Penguatkuasaan berkenaan dengan pemajuan yang tidak bersesuaian dengan kebenaran merancang atau kelulusan pelan bangunan yang diubahsuai.
Apa Perkara-Perkara Yang Tidak Memerlukan Kebenaran Merancang Dalam Akta 172 ?
Perkara tersebut terdapat di bawah Seksyen 19 Akta 172;
· Menjalankan kerja menyelenggara, pembaikan atau perubahan lain hanya kepada bahagian dalaman sesebuah bangunan.
· Kerja-kerja memasang, memeriksa, memperbaiki atau memperbaharui mana-mana parit, pembetungan, sesalur, paip, kabel, atau lain-lain perkara yang sama maksudnya.
· Kerja-kerja memperbaiki jalan, termasuk memecah mana-mana jalan atau tanah bagi maksud yang sama.
· Kerja-kerja menggali telaga/perigi bagi tujuan kegunaan pertanian.
· Menggunakan tanah atau bangunan dalam tempoh yang kurang daripada sebulan bagi tujuan ;
Ø Panggung wayang, teater bergerak atau pertunjukkan sementara.
Ø Taman hiburan, pesta ria atau pameran sementara.
Ø Istiadat atau kebesaran sementara yang bercorak agama, sosial atau lain-lain.
Ø Pembinaan atau mendirikan bangunan-bangunan sementara untuk menampung pekerja-pekerja yang terlibat dalam pembinaan.
· Menggunakan mana-mana tanah atau bangunan dalam perkarangan sesuatu kediaman (berhampiran) bagi tujuan menikmati kediaman tersebut.