bagaimanaKEBENARAN 
MERANCANGmenggunakan ?

 

 

 

 

Apa Kegunaan Kebenaran Merancang ?

·      Kebenaran merancang diperlukan bagi setiap pembangunan yang ingin dijalankan.

·      Ianya berperanan bagi pihak berkuasa perancangan tempatan untuk mengawal perancangan.

·      Kebenaran merancang juga merupakan satu bentuk tanggungjawab kepada pihak yang meluluskan dan menjalankan kerja-kerja pemajuan dan pembangunan.

 

Apa Kaitan Kebenaran Merancang Dengan Pembangunan ?

·    Kebenaran merancang merupakan diantara proses yang perlu dilalui dalam mendapatkan kelulusan perancangan untuk sesuatu projek pembangunan.

·    Proses tersebut boleh dilihat seperti d bawah :

Ø       Kelulusan pelan susunatur

Ø       Kelulusan pelan pinta ukur

Ø       Kelulusan perlanjutan kebenaran merancang

Ø       Kelulusan pelan pertapakan

 

Apa Yang Boleh Dilakukan Setelah Kebenaran Merancang Diperolehi ?

·    Secara amnya pembangunan boleh dimulakan setelah kebenaran merancang diperolehi.

·    Kebenaran merancang yang telah diluluskan dalam konteks pelan susunatur ialah pelan yang telah diluluskan oleh pihak Majlis Perbandaran Taiping.

·    Pelan susunatur ini boleh digunakan secara rasmi oleh pihak seterusnya iaitu Jurukur dan Jurubina (Arkitek)

·    Pelan tapak ini diukur dengan memasukkan jarak yang tepat serta bearing oleh jurukur bagi memastikan ianya bertepatan dengan apa yang terdapat pada pelan dan tapak sebenar (pelan pinta ukur).

·    Pelan pinta ukur atau pelan pre-comp’ akan digunakan oleh arkitek untuk kerja-kerja mereka bentuk bangunan di dalam susunatur tersebut (pelan bangunan).

·    Selepas pelan bangunan diluluskan oleh Majlis Perbandaran Taiping berserta dengan pelan-pelan lain (contoh : Pelan-pelan kejuruteraan) yang diperlukan oleh Majlis Perbandaran Taiping.

·    Kerja-kerja tanah boleh dimulakan dengan memperolehi kelulusan proses-proses tersebut.

 

Sekiranya Keputusan Kebenaran Merancang Tidak Dipersetujui Oleh Pemohon,

Apa Yang boleh Dilakukan ?

·    Akta 172 memperuntukkan kuasa lembaga rayuan bagi mendengar rayuan terhadap perkara-perkara berkaitan dengan perancangan bandar.

·    Seksyen 23(1) memperuntukkan rayuan terhadap keputusan kebenaran merancang yang mana ianya boleh didengar di lembaga rayuan.

·    Lembaga Rayuan diberikan kuasa untuk membuat keputusan yang mutlak terhadap kebenaran merancang [Seksyen 23(3) Akta 172] sama ada menerima, menolak atau mengubahsuai kebenaran merancang.

 

Tahukah Anda Kebenaran Merancang Mempunyai Tarikh Luput ?

·    Kebenaran merancang mempunyai masa hanya selama 12 bulan [Seksyen 24(1) Akta 172].

·    Dalam tempoh tersebut, kerja-kerja tapak bangunan perlu dijalankan seperti mana yang terdapat di dalam kelulusan kebenaran merancang.

·    Bagaimanapun tempoh tersebut tidak terpakai bagi kebenaran merancang yang tidak melibatkan kerja-kerja bangunan.

·    Seksyen 24(4) Akta 172 memperuntukkan sesuatu kebenaran merancang itu boleh dipohon untuk dilanjutkan tempohnya sehingga 12 bulan berikutnya.

·    Bagi melanjutkan tempoh kebenaran merancang, terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi pemohon seperti yang disyaratkan oleh Majlis Perbandaran Taiping seperti jumlah bayaran [Seksyen 24(5)]

 

Tahukah Anda Kebenaran Merancang Yang Diluluskan, Boleh Ditarik Balik Oleh Majlis Perbandaran Taiping ?

·    Sesuatu kebenaran merancang yang diluluskan oleh Majlis Perbandaran Taiping boleh ditarik balik sekiranya terdapat kepentingan awam yang dibenarkan mengatasinya.

·     Perintah menarik semula kebenaran merancang perlu mendapat persetujuan dan disahkan oleh pihak Jawatankuasa Kerajaan Negeri.

·    Majlis Perbandaran Taiping juga berhak untuk merobohkan apa-apa jua bentuk bangunan yang didirikan bagi maksud menarikbalik kebenaran  merancang [Seksyen 25(4) Akta 172]

 

Adakah Pemohon Boleh Memohon Kos Pampasan Sekiranya Terdapat Kes Penarik Balikan Kebenaran Merancang ?

·   Seksyen 25(5)(6) Akta 172 memperuntukkan kos pampasan balik terhadap kerja-kerja perobohan terhadap bangunan yang telah memperolehi kebenaran merancang.

·    Sekiranya langkah membatalkan kebenaran merancang telah menyebabkan kerugian pada pemohon akibat kerja-kerja pendirian bangunan, ianya boleh dituntut semula oleh pemohon dengan kos yang memadai.

 

Tahukah Anda?

Anda Boleh Didakwa Sekiranya Melanggar Kebenaran Merancang ?

·    Seksyen 26 Akta 172 memperuntukkan kesalahan-kesalahan yang berhubung dengan kebenaran merancang.

·    Penyataan mengenai kesalahan-kesalahan ada dinyatakan di bawah Seksyen 26(1) Akta 172.

·    Seseorang didapati bersalah jika :

Memajukan atau membangunkan tanah yang berlainan dengan jenis kegunaan zon tanah yang diwartakan oleh Rancangan Tempatan atau mengubahsuai kelulusan kebenaran merancang.

*     Pemilik tanah yang didapati bersalahan di bawah Seksyen 26(1) Akta 172, dan jika sabit kesalahan boleh dihukum denda sehingga RM 500, 000.00 dan tambahan RM 5, 000.00 bagi setiap hari kesalahan yang dilakukan atau penjara tidak lebih 2 tahun atau keduanya.

  

Hosted by www.Geocities.ws

1