MENGAPA PERLULaporan Cadangan Pemajuan

 

 

 

 

Apakah Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) ?

·   Laporan teknikal yang menerangkan dan menjelaskan mengenai cadangan tapak pemajuan bagi memudahkan pihak berkuasa perancangan      tempatan dalam menjalankan proses kebenaran merancang.

·    Kandungan yang terdapat di dalam LCP adalah berdasarkan kepada peruntukkan Seksyen 21A dan Seksyen 21B Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, (Akta 172).

 

Apa Kandungan LCP ?

·          Kandungan LCP di bawah peruntukkan Seksyen 21A Akta Perancangan Bandar Dan Desa, 1976 (Akta 172);

 Ø       Konsep dan Justifikasi Pemajuan

 Ø       Pelan Lokasi, Pelan Kunci, Pelan Tapak dan Pelan Kontur.

 Ø       Butir-butir Hakmilik Tanah dan Sekatan Ke Atas Tanah.

 Ø       Perihal tanah, termasuk alam sekitar dari segi fizikal topografi, landskap, geologi, kontur, saliran air dan bentuk-bentuk semulajadi di atas tapak cadangan.

 Ø       Pemerhatian terhadap pokok-pokok dan semua jenis tumbuh-tumbuhan yang berkemungkinan disentuh oleh pemaju.

 Ø       Butir-butir bangunan yang berkemungkinan disentuh oleh pemaju itu.

 Ø       Analisis gunatanah dan kesannya terhadap tanah yang bersebelahan dan sekitar.

 Ø       Apa-apa perkara lain yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan.

 

 ·          Kandungan LCP di bawah peruntukkan Seksyen 21B Akta 172;

       Ø       Pelan Susunatur Pemajuan.

Ø       Langkah-langkah bagi melindungi dan memperelokkan alam sekitar dari segi fizikal.

Ø       Langkah-langkah bagi melindungi topografi semulajadi.

Ø       Langkah-langkah bagi memperelokkan landskap.

Ø       Langkah-langkah bagi memelihara dan menanam pokok-pokok.

Ø       Lokasi dan jenis di mana lilitan pokok melebihi 0.8 meter dan tumbuh-tumbuhan lain.

Ø       Menyediakan kawasan lapang.

Ø       Cadangan kerja-kerja tanah

Ø       Perihal kerja yang hendak dijalankan .

Ø       Jika pemajuan itu berkenaan dengan sesuatu bangunan yang mempunyai senibina tersendiri atau kepentingan sejarah; memerlukan butiran terperinci.

Ø       Jika pemajuan melibatkan kerja bangunan; butir-butir mengenai ciri-ciri dan rupabentuk bangunan-bangunan yang terletak di kawasan sekeliling diperlukan.

 

 Mengapa LCP diperlukah ?

·      LCP memainkan peranan yang besar sebagai alat dalam kawalan pembangunan dan perancangan.

·      LCP membantu dalam membuat keputusan kebenaran merancang pembangunan kerana LCP berasaskan kepada maklumat yang lengkap dan mempunyai hasil analisis impak kepada ekonomi, alam sekitar dan masyarakat.

·     Membolehkan pihak berkuasa melaksanakan tanggungjawab untuk mematuhi prinsip-prinsip pembangunan mampan.

·     LCP tidak hanya digunakan oleh pihak berkuasa perancangan, tetapi pihak lain seperti agensi-agensi utiliti yang terlibat dengan perancangan penyediaan kemudahan.

 

Bila dan siapakah yang memerlukan LCP ?

·        LCP perlu disediakan bagi mengiringi setiap permohonan cadangan pembangunan di dalam kawasan Majlis Perbandaran Taiping.

·        LCP juga boleh dikehendaki pada peringkat :-

 Ø       Permohonan Kelulusan Pelan Susunatur yang mempunyai keluasan melebihi 5 ekar (2 hektar)

 Ø       Permohonan Pelan Pertapakan bagi bangunan perniagaan melebihi 10, 000 kaki persegi ruang lantai.

·        Pemohon perlulah terlebih dahulu membuat semakan samada permohonan kebenaran merancang perlu disertakan LCP.

  

Siapakah yang bertanggungjawab menyediakan LCP ?

·          Peruntukkan Akta 172 Seksyen 58(2)(h) memberikan kuasa kepada kerajaan negeri untuk menentukan siapa yang layak menyediakan LCP.

·          Kerajaan Negeri Perak telah menetapkan seseorang perancang bandar yang berdaftar adalah dianggap pihak yang layak menyediakan LCP.

 

Hosted by www.Geocities.ws

1