?KEBENARAN 
merancang

 

 

 

 

 

Apa Kebenaran Merancang ?

·    Merupakan kebenaran secara bertulis daripada Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan (PBPT).

·    Kebenaran merancang adalah kelulusan yang diperlukan setelah kelulusan tukar syarat tanah diperolehi, yang mana ia adalah sebelum proses pelan bangunan diteruskan

·    Tiada had keluasan tanah yang dikecualikan daripada kebenaran perancangan, walaupun tanah tersebut kurang daripada 1 ekar.

 

Maksud Kebenaran Merancangan Mengikut Akta 172

·    Seksyen 2 (1) Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 (Akta 172) mentafsirkan “kebenaran merancang” sebagai kebenaran yang diberi, dengan atau tanpa syarat untuk menjalankan sesuatu aktiviti pembangunan.

·    Seksyen 19 (1) Akta 172 memperuntukkan bahawa tiada seorang pun, lain daripada pihak berkuasa tempatan, boleh memula, mengusaha, atau menjalankan apa-apa pemajuan melainkan kebenaran merancang berkenaan dengan pemajuan itu telah diberi kepadanya di bawah Seksyen 22 Akta 172.

·    Pada amnya, “kebenaran merancang” adalah prosedur yang mana pemohon perlu mengemukakan dokumen dan maklumat kepada PBPT untuk mendapatkan kebenaran merancang sepertimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 21A [Laporan Cadangan Pemajuan (LCP)] dan Seksyen 21B [Pelan Susunatur] Akta 172.

  

Siapa Yang Memberikan Kebenaran ?

·    Sesuatu kebenaran merancang diberikan oleh PBPT bagi kawasan berkenaan.

·    Bagi kawasan dalam Majlis Perbandaran Taiping, kebenaran merancang adalah dikeluarkan oleh Pihak Majlis Perbandaran Taiping sendiri.

·    Sebelum kebenaran merancang diberi, semua permohonan akan merujuk kepada jabatan-jabatan teknikal lain seperti :- Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan dan Saliran, Lembaga Air Perak, Tenaga Nasional, Telekom, Jabatan Bomba, Jabatan Alam Sekitar dan jabatan-jabatan lain yang berkaitan.

·    Segala ulasan dan pandangan daripada agensi teknikal akan diambilkira untuk memastikan cadangan pemajuan yang dikeluarkan adalah bersesuaian dengan alam sekeliling dari segi keselesaan, keselamatan dan pemeliharaan.

·    Dalam kes-kes tertentu, pemohon dikehendaki menyediakan maklumat tambahan sebelum keputusan dikeluarkan dan kemungkinan pemohon dikehendaki membuat pengubahsuaian terhadap permohonan kebenaran merancang.

·    Keputusan muktamad akan disampaikan setelah pihak jawatankuasa dan majlis mesyuarat penuh yang dipengerusikan oleh Yang Dipertua bersetuju.

·    Permohonan yang terkilan atau tidak berpuas hati dengan keputusan yang dikeluarkan boleh merayu kepada Lembaga Rayuan.

  

Khidmat Profesional Perancang Bandar

·    Seseorang pemohon untuk kebenaran merancang boleh menggunakan perkhidmatan professional perancang bandar dari sektor swasta.

·    Perunding perancang bandar akan memberikan nasihat profesional berhubung sesuatu proses dan seterusnya menyediakan dokumen yang diperlukan di dalam sesuatu kebenaran merancang.

·    Proses kelulusan ini memerlukan laporan, dokumen dan penyediaan pelan-pelan yang tertentu, dan ini dapat diuruskan oleh pihak perunding perancang bandar.

 

 

Hosted by www.Geocities.ws

1