?rancangan
PEMAJUANAPAkah

 

 

 

 

Apakah Rancangan Pemajuan ?

·   Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) memperuntukkan bahawa Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan (PBPT) perlu menyediakan rancangan tempatan manakala rancangan struktur disediakan di bawah Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) Negeri.

·    Rancangan Pemajuan mengandungi dasar dan cadangan bagi memenuhi keperluan sosial dan ekonomi penduduk melalui pembentukkan struktur fizikal yang teratur serta alam sekitar yang selesa

·    Rancangan Pemajuan merupakan sebahagian dari sistem hierarki pelan pembangunan 3 peringkat iaitu :- Rancangan Fizikal Negara (peringkat spatial negara), Rancangan Struktur Negeri dan Rancangan Tempatan (peringkat daerah).

 

 Apakah Rancangan Struktur (RS) ?

Rancangan Struktur diperuntukkan di seksyen 7 hingga 11 Bahagian III Akta 172. RS merupakan suatu penyataan bertulis yang mengandungi :

·    Penerangan dasar dan cadangan-cadangan strategik negeri berkenaan. Juga mengenai pemajuan dan penggunan tanah bagi langkah-langkah  untuk :-

Ø       Memperelokkan lagi alam sekitar dari segi fizikal;

Ø       Memperelokkan lagi perhubungan dan untuk menguruskan lalulintas;

Ø       Pembaikan tahap sosio-ekonomi serta penggalakan pertumbuhan perbandaran;

Ø       Mempertingkatkan perancangan luar bandar; dan

Ø       Memudahkan pembangunan secara mampan.

  

·    Menyatakan kesinambungan cadangan-cadangan dari segi penggunaan tanah bagi negeri-negeri yang bersempadan.

·    Mengandungi perkara-perkara lain yang ditetapkan atau yang ditentukan oleh Jawatankuasa Perancangan Negeri (JPN) dan Majlis Perancangan Fizikal (MPFN).

 

Apakah Rancangan Tempatan ?

·          RT disediakan mengikut Seksyen 12 hingga 16 Akta 172.

·          RT mengandungi peta-peta dan penyataan bertulis yang disokong oleh garis panduan pelaksanaan.

·          RT menerangkan dengan lebih terperinci segala cadangan-cadangan PBPT untuk pemajuan dan penggunaan tanah.

·          RT menterjemahkan dan memperincikan dasar-dasar strategik RS.

·          RT terbaru akan meliputi seluruh daerah dan dinamakan Rancangan Tempatan Daerah (RTD).

 

Kenapa Rancangan Tempatan Diperlukan ?

·    RT melaksanakan strategi RS dengan lebih terperinci.

·    RT menerangkan dengan lebih jelas dasar kawalan perancangan bandar.

·    RT mampu menerangkan kepada awam tentang isu-isu perancangan yang terperinci. Ini akan membolehkan pemilik, pemaju dan pihak lain     mengetahui bagaimana tanah-tanah mereka terlibat dengan perancangan semasa dan akan datang.

  

Bagaimana Pihak Awam Boleh Terlibat Dalam Rancangan Pemajuan

·   Penyediaan rancangan pemajuan memberi kesan secara langsung kepada penduduk tempatan dan Akta 172 membolehkan orang awam mengambil bahagian di dalam penyediaanya.

·    Misalnya draf RT setelah ia disediakan, PBPT menyediakan salinan laporan untuk diedarkan dan dipamerkan untuk pemeriksaan awam selama tempoh tidak kurang dari 4 minggu [Seksyen 13(2) Akta 172]

·    Pihak Awam boleh membuat bantahan sekiranya tidak puas hati tentang perkara-perkara yang terkandung di dalam laporan ini; dan secara wajar draf RT tersebut boleh dilanjutkan tidak lebih 4 minggu atas permintaan pihak Awam .

·    Notis pemberitahuan dan pengumuman kepada pihak awam dikehendaki disiarkan di dalam media cetak [Seksyen 13(2) Akta 172].

·    Sekiranya rancangan tempatan telah diluluskan dan diwartakan, semua aktiviti pembangunan mestilah merujuk kepada rancangan tersebut.

 

Hosted by www.Geocities.ws

1