Pendahuluan
Sistem GIS merupakan salah satu sistem maklumat komputer yang di rekabentuk untuk menyokong perolehan, pengolahan, penganalisaan dan pemaparan data. Seperti sistem maklumat yang lain fungsinya adalah untuk meningkatkan keupayaan pengguna membuat keputusan dalam bidang-bidang penyelidikan, perancangan dan pengurusan. Penggunaan GIS juga membolehkan maklumat atau data dari berbagai-bagai sumber disepadukan di dalam maklumat georagafi yang sama serta dapat memberikan maklumat terkini untuk tujuan perancangan dan pengurusan.
Aplikasi GIS dari segi Perlaksanaan dan Penggunaannya
Aplikasi sistem ini merupakan satu pembangunan pangkalan data GIS dan penggunaannya bagi tujuan perancangan dan pengurusan untuk kawasan Majlis. Pembangunan sistem ini telah ada di Jabatan Perancangan Pembangunan Bandar sahaja dan telah dihubungkan ke beberapa jabatan yang terdapat di dalam Majlis. Sistem ini menggunakan perisian Mapinfo Professional dan telah melantik perunding bagi membangunkan aplikasi sistem tersebut bagi pihak Majlis. Sistem ini dikenali dengan nama singkatannya "TIPS" yang bermaksud "TAIPING INTEGRATED PLANNING SYSTEMS" atau "SISTEM PERANCANGAN BERSEPADU TAIPING".
Pembangunan Sedia Ada
Sistem GIS yang sedia ada ini telah diberikan tumpuan kepada kawasan kajian Majlis seperti kawasan Rancangan Tempatan Taiping dan kawasan Pihak Berkuasa Tempatan iaitu segi pengezonan gunatanah, sirkulasi, dan alam sekitar, analisa perancangan projek pembangunan dan pelan khas.