Amanah Berkhidmat Ikhlas Dedikasi Kompetensi Asas Kecemerlangan





Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Negeri Perak secara umumnya bertanggungjawab mengutip cukai tidak langsung seperti:-

  • Duti Import
  • Duti Eksport
  • Duti Eksais
  • Cukai Jualan
  • Cukai Perkhidmatan
  • Levi Keuntungan Luar Biasa
Jabatan juga memberi fasilitasi kepada sektor perindustrian dan pelancungan yang sedang pesat di Negeri Perak. Jabatan juga berperanan mengawal kehilangan hasil negara

| Kata-Kata Aluan Ketua Stesen | Lokasi Stesen | Carta Organisasi | Sejarah Kastam Teluk Intan |



Pejabat
JKR 1407, JALAN MAHARAJALELA
36000, TELUK INTAN
TEL: 05-6221055 FAX: 05-6223314


Cawangan Pencegahan,
JKR 68, JALAN MAHARAJALELA,
36000 TELUK INTAN
TEL: 05-6221119





Salam sejahtera kepada anda yang memilih laman Web kami. Saya mengucapkan terima kasih kerana diberikan kesempatan untuk menyampaikan sepatah dua kata di ruangan ini. Dengan wujudnya Laman Web ini, bertambah lagi satu media bagi Pejabat Kastam Diraja Malaysia, Teluk Intan mempertingkatkan komunikasi dengan pelanggan-pelanggan Jabatan dan dapat menyebarkan maklumat-maklumat berkaitan undang-undang, peraturan-peraturan dan prosedur-prosedur kerja. Diharapkan maklumat-maklumat ini akan membantu pelanggan-pelanggan di dalam berurusan dengan Pejabat Kastam Teluk Intan. Sebagaimana slogan B.A.K.T.I. kami berjanji akan memberi khidmat yang cekap, tepat dan berkualiti.

Terima kasih



( ABDUL HALIM BIN HASSAN )

Penolong Kanan Pengarah Kastam,
Teluk Intan, Perak.


lokasi_intan.jpg></p>

<p align=


Carta_teluk_intan.gif></p>

<p align=
sejarah.gif (5KB)

Sejarah pelabuhan di Negeri Perak dapat dikesan bermula dari zaman pemerintahan Portugis dengan terbinanya sebuah pelabuhan di Dindings dan Pelabuhan Kota Stia di Sungai Perak. Pada masa itu, aktiviti pelabuhan adalah memungut cukai ke atas bijih timah yang dibawa keluar dari Negeri Perak. Aktiviti pelabuhan ini berterusan sehingga zaman pemerintahan Acheh, Belanda dan kemudiannya Inggeris.

Mengikut sejarah yang ditulis oleh Prof. Khoo Kay Kim dalam buku "Teluk Intan 100 Tahun", Pejabat Kastam yang pertama telah siap dibina pada tahun 1883. Pada masa itu, aktiviti perkastaman lebih tertumpu kepada pengeksportan bijih timah dan kayu balak melalui pelabuhan. Komoditi inputnya pula adalah barang makanan dan pakaian. Apabila hakisan berlaku ditebing Sungai Perak, Pelabuhan Teluk Anson turut terjejas dengan hakisan. Pihak pentadbiran Inggeris kemudiannya telah membuat keputusan untuk mengatasi masalah ini. Sebuah pelabuhan baru, stesen keretapi, gudang dan pejabat Kastam mula dibina pada tahun 1901 dan siap pada tahun 1909. Bermula dari sinilah Dermaga No.2 Keretapi Teluk Anson dikenali dan tercatat di dalam Peraturan-Peraturan Kastam sekarang.

Dengan meningkatnya prestasi dan aktiviti stesen Teluk Intan maka sebuah lagi bangunan baru telah dibina. Bahagian Pengurusan Sokongan dan Bahagian Cukai Dalaman serta Kastam telah ditempatkan di bangunan yang baru tersebut, manakala Cawangan Pencegahan masih lagi ditempatkan di bangunan lama, di alamat JKR 68, Jalan Maharajalela, 36000 Teluk Intan.


| Ke Atas | Stesen Kastam | Kastam Perak |

Copyright © 2004 Kastam Teluk Intan. Hakcipta Terpelihara.

Links

Kastam Malaysia

cegahi penyeludupan.gif (7KB)

Hosted by www.Geocities.ws

1