banner2.gif (49KB)
Amanah Berkhidmat Ikhlas Dedikasi Kompetensi Asas Kecemerlangan





Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Negeri Perak secara umumnya bertanggungjawab mengutip cukai tidak langsung seperti:-

  • Duti Import
  • Duti Eksport
  • Duti Eksais
  • Cukai Jualan
  • Cukai Perkhidmatan
  • Levi Keuntungan Luar Biasa
Jabatan juga memberi fasilitasi kepada sektor perindustrian dan pelancungan yang sedang pesat di Negeri Perak. Jabatan juga berperanan mengawal kehilangan hasil negara


Bagaimana Anda Boleh Membantu

| Kata-Kata Aluan Ketua Stesen | Lokasi Stesen | Daerah Kawalan | Carta Organisasi | Sejarah Kastam Taiping |




Alamat Pejabat
JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA
JKR 2113, JALAN ASSAM KUMBANG
34000 TAIPING, PERAK


Alamat Surat Menyurat
JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA
PETI SURAT 170
34008 TAIPING, PERAK

No. Tel.
8073966
8089966

No. Fax.
8062833

E-mail
[email protected]




KECEMERLANGAN PERKHIDMATAN MELALUI TINDAKAN PROAKTIF SERTA MENGUTAMAKAN PELANGGAN



Jelas Matlamat
Amalan Membaca
Berilmu & Berfikir
Iltizam Yang Tinggi
Berintegriti
Berdisiplin
Saling Bantu Membantu
Menghargai Masa
dan Kemudahan
Senantiasa Meningkatkan Kualiti


Links

Kastam Malaysia

perutusan.gif (5KB)



Bismillahirrahmanirrahim Assalammualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Pertama sekali saya mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan-tuan dan puan-puan yang sudi melayari laman web Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Taiping, Perak ini. Jabatan ini senantiasa berhasrat dan bermatlamat untuk menyediakan kemudahan-kemudahan kepada pelanggan-pelanggannya untuk mencapai maklumat dengan cepat, tepat dan berkesan. Dengan terbinanya laman web ini, adalah diharapkan bahawa pelanggan-pelanggan jabatan ini menikmati satu lagi kemudahan untuk sumber maklumat mengenai jabatan ini dan kemudahan-kemudahan yang disediakan.

Sekiranya pihak tuan-tuan dan puan mempunyai kemuskilan, pertanyaan atau maklumat yang perlu disampaikan kepada saya, sila hubungi saya di talian telefon dan fax seperti yang tertera di muka laman ini.

Sekian, wassalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh.


HJ. AHMAD B. NAPIAH

Penolong Kanan Pengarah Kastam,
Taiping, Perak.




lokasi.gif (40932 bytes)


DAERAH KAWALAN

  • SEBAHAGIAN DARI DAERAH KUALA KANGSAR

  • DAERAH LARUT MATANG DAN SELAMA

  • DAERAH KERIAN


Carta Taiping1.gif(25KB)


sejarah.gif (5KB)

Sejarah penubuhan Pejabat Kastam Taiping adalah sama tuanya dengan penubuhan dan perkembangan daerah Larut Matang amnya dan bandar Taiping khasnya. Taiping terkenal dengan hasil mahsulnya iaitu bijih timah. Taiping adalah ibu negeri Perak yang pertama, tetapi ibu negeri Perak telah dipindahkan ke Ipoh dan tinggallah Taiping sebagai bandar sejarah dan bandar kedua terbesarnya di Negeri Perak ini.

Bandar Taiping dari segi sejarah tidak dapat dipisahkan dengan pelabuhan kecil Port Weld (sekarang dikenali sebagai Kuala Sepetang). Port Weld sememangnya terkenal kepada sejarah lama dan mengikut catatan sejarah, Port Weld adalah sebuah pelabuhan yang sangat sibuk kerana urusan import dan eksport di antara Taiping dan Pulau Pinang disalurkan melaluinya. Port Weld juga digunakan sebagai jalan keluar kepada Daerah Kinta dan Ulu Perak selain daripada menggunakan Teluk Anson (sekarang dikenali sebagai Teluk Intan). Barang-barang import dan eksport ketika itu ialah candu, sayur peram dan tembakau manakala barang eksportnya ialah bijih timah. Aktiviti Port Weld ini dengan Bandar Taiping menjadi lebih dekat bilamana jalan keretapi dibina. Jalan keretapi Taiping ke Port Weld dimulakan pembinaan nya pada tahun 1884 oleh satu pasukan Ceylon Pioneer Corps dan pada tanggal 1hb. Februari 1885 keretapi tersebut telah dimulakan perkhidmatan pertamanya membawa penumpang dan cargo dari Taiping ke Port Weld.

Pejabat Kastam yang pertama dibina ialah di Port Weld dan tempatnya difahamkan di wharf keretapi (sekarang kesannya masih didapati dan menjadi pelantar ikan). Kebanyakan pejabat pejabat Kastam yang dibina pada masa dahulu ialah dipintu masuk atau sempadan. Dahulu perhubungan yang paling baik ialah melalui jalan air iaitu laut dan sungai. Dan bilamana sistem perhubungan terus berubah dan bertambah dengan perkembangan dunia lebih banyak jalan darat (keretapi dan jalan raya) dimajukan dengan pertumbuhan pesat perindustrian di pedalaman. Tugas dan tanggungjawab Jabatan Kastam juga tidak lagi terhad kepada import dan eksport sahaja. Pejabat Kastam pedalaman turut dibina dan pejabat kecil (terletak berhampiran stesen keretapi Taiping) ini dikenali sebagai Kastam dan Eksais Diraja, Perak Utara, Taiping.

Mulai Disember 1986 Pejabat Kastam dan Eksais Diraja Perak Utara telah berpindah (menyewa) di Wisma Perbandaran Taiping sehingga pertengahan tahun 1993. Akibat daripada pertumbuhan pesat ekonomi dan kawasan perindustrian, khususnya bagi Daerah Larut Matang & Selama, Krian dan Kuala Kangsar, bilangan kakitangan jabatan juga kian meningkat. Bagi menampung pertumbuhan tersebut pada Julai 1993 Pejabat Kastam Diraja Malaysia, Taiping sekali lagi berpindah ke bangunan sendiri di JKR 2113, Jalan Assam Kumbang, Taiping.


| Ke Atas | Stesen Kastam | Kastam Perak |

Copyright © 2004 Kastam Taiping. Hakcipta Terpelihara.
Penafian:
Laman ini disediakan untuk kemudahan orang ramai dan memandangkan sifat-sifat media ini,
hanya undang-undang, peraturan atau notis terkini yang bercetak sahaja dianggap rasmi.

Hosted by www.Geocities.ws

1