ban_phulu.gif (9KB)
Amanah Berkhidmat Ikhlas Dedikasi Kompetensi Asas Kecemerlangan




Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Negeri Perak secara umumnya bertanggungjawab mengutip cukai tidak langsung seperti:-

  • Duti Import
  • Duti Eksport
  • Duti Eksais
  • Cukai Jualan
  • Cukai Perkhidmatan
  • Levi Keuntungan Luar Biasa
Jabatan juga memberi fasilitasi kepada sektor perindustrian dan pelancungan yang sedang pesat di Negeri Perak. Jabatan juga berperanan mengawal kehilangan hasil negara



| Carta Organisasi | Sejarah | Objektif Stesen | Daerah Kawalan |

PENDAHULUAN


Pejabat Kastam Stesen Pengkalan Hulu adalah merupakan satu-satunya Stesen Kastam di Negeri Perak yang bersempadan dengan Negara Thailand. Pejabat Kastam ini adalah terletak di dalam Kompleks Imigresen Bukit Berapit. Selain dari Pejabat Kastam, terdapat juga beberapa buah Jabatan Kerajaan dan lain-lain Agensi Kerajaan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Kesihatan, Jabatan Polis, Jabatan Pertanian, Jabatan Imigresen dan juga Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)



SEJARAH


Jabatan Kastam Stesen Pengkalan Hulu telah mula memberi perkhidmatannya semenjak pekan ini dulu dikenali dengan Pekan Kroh yang merupakan satu-satunya Stesen Kastam bersempadan antara Negeri Perak dengan Negara Thailand. Wujudnya Pejabat Kastam Pengkalan Hulu sejak zaman pemerintahan Inggeris lagi. Sejarah menyatakan Pejabat Kastam asal terletak betul-betul di sempadan Malaysia- Thailand. Memandangkan ada kekeliruan ke atas siasatan 'Batu Sempadan', maka Pejabat Kastam diubah ke Padang Tamat, iaitu sempadan antara Negeri Perak dengan Negeri Kedah. Tidak lama selepas itu,Pejabat Kastam diubah pula ke Kampong Air Panas dimana tapak pejabat asal itu telah didirikan Pejabat Pencegah yang siap dan mula beroperasi pada 1997. Pada ketika itu Pejabat Kastam Kroh adalah dibawah Pentadbiran Negeri Pulau Pinang hingga ke tahun 1977, kemudiannya diletak di bawah Kawalan Negeri Perak iaitu dibawah Pentadbiran Stesen Taiping hingga sekarang. Tahun 1978 sekali lagi Pejabat Kastam diubah ke Kompleks Imigresen Bukit Berapit setelah dilakukan perasmiannya oleh D.Y.M. M. Sultan Idris pada tahun 1978 hingga hari ini Pejabat Kastam masih lagi di Komplek Imigresen Bukit berapit, kini menunggu perubahan untuk mengikut arus perkembangan pembangunan terkini di Daerah Hulu Perak dimana Stesen Keroh sudah ditukar nama kepada Pengkalan Hulu pada 1985.


OBJEKTIF STESEN



  • Matlamat dan fungsi utama Jabatan Kastam ialah untuk memungut Cukai tidak langsung serta membenteras kegiatan penyeludupan dan penyelewengan. Matlamat ini telah diseiringkan dengan perubahan dan perkembangan Industri, pengilangan dan perhubungan masa kini agar tugas memungut Cukai dapat diseimbangkan dengan tanggungjawab memberi fasiliti kepada pelangan Jabatan. Dengan ertikata yang lain disamping melaksanakan tugas memungut Cukai, stesen ini juga melaksanakan lain-lain tugas seperti memberi kemudahan dan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelancong,pedagang dan lain-lain pelangan Jabatan yang berurusan dengan jabatan ini.

  • Dalam melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan, Akta dan Peraturan- Peraturan Kastam adalah menjadi rujukan utama kepada setiap pagawai dan kakitangan yang bertugas, disamping beberapa Perintah Tetap dan Pekeliling- Pekeliling Jabatan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.



    DAERAH KAWALAN

    Stesen Kastam, Pengkalan Hulu, adalah merupakan sebuah stesen sempadan Malaysia/Thailand yang tunggal di Negeri Perak dan ianya terletak di Kompleks Imigresen Bukit Berapit,Pengkalan Hulu, Perak. (Rujukan Peraturan-Peraturan Kastam 1997 P .U. (A)62/77).

    Daerah kawalan Kastam Cawangan Hasil adalah meliputi seluruh kawasan berpagar Komplek Imigresen, Bukit berapit yang terletak di atas Lot 4158 dan Lot 4159 Mukim Pengkalan Hulu dalam Daerah Hulu Perak di mana kawasan sempadannya adalah seperti berikut:

    • Melalui jalanraya utama Pengkalan Hulu/Betong bermula dari gate pintu keluar/masuk pagar utama Kompleks Imigresen menghala Barat Daya dari Pekan Pengkalan Hulu menyusur pagar dawai Kompleks Imigresen yang selari dengan lorong Bukit Berapit Kiri yang bersetentangan dengan Blok Kawalan tentera sehingga ke gate pintu masuk/keluar pagar utama Komplek Imigresen menghala ke Pekan Betong,Thailand.

    • Melalui Jalan utama Betong/Pengkalan Hulu, bermula dari gate pintu masuk/keluar pagar utama Kompleks Imigresen yang menghala ke sebelah Timur Laut dari Betong, Thailand, menyusur sepanjang pagar dawai Kompleks Imigresen yang selari dengan lereng tebing anak sungai Kapas hingga ke gate pintu keluar/masuk pagar utama Kompleks Imigresen menghala ke Barat Daya arah Pekan Pengkalan Hulu.

    Sementara Daerah kawalan Bahagian Pencegah Pengkalan Hulu adalah meliputi satu kawasan yang luas, dimana ianya meliputi:-

    • keseluruhan kawasan Pengkalan Hulu membawa ke Lebuhraya Timur/Barat bersempadan dengan Daerah Kelantan, Daerah Gerik di sebeleh Timur

    • meliputi sempadan Baling/Pengkalan Hulu,Padang Tamat di Barat dan sehingga kawasan Lenggong di Selatan


    [Ke Atas] [Stesen Kastam] [Kastam Perak]

    Copyright © 2004 Kastam Pengkalan Hulu. Hakcipta Terpelihara.

    cegahi penyeludupan.gif (7KB)

    Links

    Kastam Malaysia

Hosted by www.Geocities.ws

1