lumut.gif (20KB)
Amanah Berkhidmat Ikhlas Dedikasi Kompetemsi Asas Kecemerlangan





Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Negeri Perak secara umumnya bertanggungjawab mengutip cukai tidak langsung seperti:-

  • Duti Import
  • Duti Eksport
  • Duti Eksais
  • Cukai Jualan
  • Cukai Perkhidmatan
  • Levi Keuntungan Lebihan
Jabatan juga memberi fasilitasi kepada sektor perindustrian dan pelancungan yang sedang pesat di Negeri Perak. Jabatan juga berperanan mengawal kehilangan hasil negara


[Kata Aluan] [Lokasi Stesen] [Carta Organisasi] [Sejarah]



JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA
TKT. 2 BANGUNAN PERSEKUTUAN
32040 SRI MANJUNG, PERAK




perutusan.gif

Bismillahirrahmanirrahim

Assalammualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera kepada anda yang sudi melayari laman web kami. Kesempatan ini ingin saya nyatakan bahawa dengan wujudnya laman web ini telah menambah lagi bahan komunikasi kami untuk berhubung dengan klien-klien jabatan yang budiman. Dengan cara ini, dapatlah para klien menimba sedikit maklumat berhubung dengan aktiviti perkastaman yang ada di Stesen Lumut. Kami berjanji akan memberi dan menyampaikan segala urusan dengan cekap, tepat dan penuh berkualiti. Sila hubungi saya bagi sebarang komen atau cadangan terhadap perkhidmatan diberikan oleh Jabatan Kastam Stesen Lumut melalui nombor telefon atau fax yang dipaparkan.

Sekian, wassalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh.


( ABD. AZIZ B. ABD. LATIF )

Penolong Kanan Pengarah Kastam,
Lumut, Perak.



LOKASI

pelan_lakar.jpg




sejarah.gif (5KB)

Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Lumut merupakan antara stesen Kastam yang tertua. Pada awal penubuhannya segala pentadbiran Kastam berpusat di Pulau Pangkor di bawah pentadbiran Pulau Pinang ( Negeri-Negeri Selat ) dan pejabat Kastam di Lumut di bawah pentadbiran Kastam Perak (Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ). Pada ketika itu aktiviti yang dijalankan ialah memungut cukai di bawah undang-undang yang dinamakan Cukai-Cukai Kastam (Customs Duties) iaitu cukai-cukai eksport atas barang-barang hasil pertanian, ikan kering, kulit binatang bijih timah dan kuang (Wolfram) dan pungutan cukai import ke atas candu.

Pentadbiran Kastam Pulau Pangkor dan juga Lumut mula disatukan semasa pentadbiran tentera British ( British Military Administration ) iaitu semasa penyusunan semula pentadbiran Jabatan dalam tahun 1948 setelah tertubuhnya Tanah Melayu. Pejabat asalnya di tepi jeti awam Lumut iaitu di jalan Titi Panjang, Lumut. Pada masa itu Stesen Lumut hanya mengendalikan aktiviti kawalan import / ekpsort di jeti-jeti persendirian dan juga pencegahan di dalam daerah Dindings pada ketika itu. Segala pentadbiran pengurusan dibuat di Ipoh.

Pada bulan Mei 1989, pejabat Kastam telah berpindah dari Jalan Titi Panjang ke pejabat sekarang. Pemindahan ini adalah sejajar dengan perkembangan pembangunan Daerah Manjung. Selaras dengan pembangunan yang ada, pentadbiran dan pengurusan Stesen juga turut berkembang dimana pada awalnya Stesen diketuai oleh seorang Penolong Penguasa Kastam dan kini pentadbiran Stesen Lumut diterajui oleh Penolong Kanan Pengarah Kastam.

Kini Stesen Lumut telah diamanahkan untuk mengendalikan semua aktiviti perkastaman iaitu aktiviti import/ ekpsport, Cukai Dalaman dan juga Pencegahan. Daerah kawalan juga telah diperluaskan dimana selain dari Daerah Manjung, Daerah Perak Tengah juga telah dipertanggungjawabkan kepada Stesen Lumut.



[Ke Atas] [Stesen Kastam] [Kastam Perak]

Copyright © 2004 Kastam Lumut. Hakcipta Terpelihara.


cegahi penyeludupan.gif (7KB)

Links

Kastam Malaysia
Kastam Perak

Hosted by www.Geocities.ws

1