perak_ani.gif (20KB)
Amanah Berkhidmat Ikhlas Dedikasi Kompetensi Asas Kecemerlangan




Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Negeri Perak secara umumnya bertanggungjawab mengutip cukai tidak langsung seperti:-

  • Duti Import
  • Duti Eksport
  • Duti Eksais
  • Cukai Jualan
  • Cukai Perkhidmatan
  • Levi Keuntungan Luar Biasa
Jabatan juga memberi fasilitasi kepada sektor perindustrian dan pelancungan yang sedang pesat di Negeri Perak. Jabatan juga berperanan mengawal kehilangan hasil negara



cegahi penyeludupan.gif (7KB)
KATA-KATA ALUAN
PENGARAH KASTAM NEGERI PERAK



Pada kesempatan ini Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Negeri Perak mengucapkan ribuan terima kasih kepada tetamu halaman WEB Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Negeri Perak khususnya dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia amnya. Sememangnya menjadi hasrat Jabatan yang menginginkan ketelusan dalam menyampaikan maklumat-maklumat Jabatan kepada orang awam dan khasnya kepada pelanggan Jabatan. Memandangkan Jabatan Kastam mempunyai maklumat-maklumat yang tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi Kerajaan maka pelayar halaman WEB harus faham akan darjah ketelusan yang boleh diberi.

Jabatan mengharapkan dengan terdapatnya maklumat-maklumat yang disediakan ia akan dapat memberi kefahaman dan manafaat kepada semua mengenai pelaksanaan Akta-Akta yang ditadbirkan oleh Jabatan. Pihak Jabatan sentiasa memberi ruang kepada semua pelanggan Jabatan memberi sebarang komen dan cadangan dalam meningkatkan lagi mutu perkhidmatan ke arah profesionalisme.Pihak Jabatan juga mengalu-alukan sebarang maklumat yang menyalahi Undang-undang dan Peraturan yang ditadbirkan oleh Jabatan demi membanteras aktiviti penyeludupan.

Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan selamat melayari halaman WEB kami serta kesudian memberi maklumbalas kepada Jabatan. Semoga segala usaha anda akan mempercepatkan hasrat negara untuk menjadikan dunia tanpa sempadan menjadi kenyataan.

Sekian, wassalam.

HJ. MOHD. SEHAN BIN AWANG AIN
Pengarah Kastam Negeri
Perak


[Paparan Utama] [Carta Organisasi] [Sejarah] [Stesen-Stesen Kastam]

Copyright © 2004 Kastam Perak. Hakcipta Terpelihara.

Hosted by www.Geocities.ws

1