| |
Nabi
Yahya as
Nabi
Zakaria, ayahnya Nabi Yahya sedar dan mengetahui bahawa
anggota-anggota keluarganya, saudara-saudaranya,
sepupu-sepupunya dan anak-anak saudaranya adalah orang-orang
jahat Bani Israil yang tidak segan-segan melanggar hukum-hukum
agama dan berbuat maksiat, disebabkan iman dan rasa keagamaan
mereka belum meresap betul didalam hati mereka, sehingga dengan
mudah mereka tergoda dan terjerumus ke dalam lembah kemungkaran
dan kemaksiatan. Ia khuatir bila ajalnya tiba dan meninggalkan
mereka tanpa seorang waris yang dapat melanjutkan pimpinannya
atas kaumnya, bahawa mereka akan makin rusak dan makin berani
melakukan kejahatan dan kemaksiatan bahkan ada kemungkinan
mereka mengadakan perubahan-perubahan di dalam kitab suci Taurat
dan menyalah-gunakan hukum-hukum agama.
Kekhuatiran itu selalu mengganggu fikiran Zakaria disamping rasa
sedih hatinya bahawa ia sejak kahwin hingga mencapai usia
sembilan puluh tahun, Tuhan belum mengurniakannya dengan seorang
anak yang ia idam-idamkan untuk menjadi penggantinya memimpin
dan mengimami Bani Isra'il. Ia agak terhibur dari rasa sedih dan
kekhuatirannya semasa ia bertugas memelihara dan mengawasi
Maryam yang dapat dianggap sebagai anak kandungnya sendiri. Akan
tetapi rasa sedihnya dan keinginanya yang kuat untuk memperolhi
keturunan tergugah kembali ketika ia menyaksikan mukjizat
hidangan makanan dimihrabnya Maryam. Ia berfikir didalam hatinya
bahawa tiada sesuatu yang mustahil di dalam kekuasaan Allah.
Allah yang telah memberi rezeki kepada Maryam dalam keadaan
seorang diri tidak berdaya dan berusaha, Dia pula berkuasa
memberinya keturunan bila Dia kehendaki walaupun usianya sudah
lanjut dan rambutnya sudah penuh uban.
Pada suatu malam yang sudah larut duduklah Zakaria di mihramnya
menghiningkan cipta memusatkan fikiran kepada kebesaran Allah
seraya bermunajat dan berdoa dengan khusyuk dan keyakinan yang
bulat. Dengan suara yang lemah lembut berucaplah ia dalam
doanya: "Ya Tuhanku berikanlah aku seorang putera yang akan
mewarisiku dan mewarisi sebahagian dari keluarga Ya'qub, yang
akan meneruskan pimpinan dan tuntunanku kepada Bani Isra'il. Aku
khuatir bahawa sepeninggalanku nanti anggota-anggota keluargaku
akan rusak kembali aqidah dan imannya bila aku tinggalkan mati
tanpa seorang pemimpin yang akan menggantikan aku. Ya Tuhanku,
tulangku telah menjadi lemah dan kepalaku telah dipenuhi uban
sedang isteriku adalah seorang perempuan yang mandul namun
kekuasaan-Mu adalah diatas segala kekuasaan dan aku tidak
jemu-jemunya berdoa kepadamu memohon rahmat-Mu mengurniai kau
seorang putera yang soleh yang engkau redhai."
Allah berfirman memperkenankan permohonan Zakaria: "Hai
Zakaria Kami memberi khabar gembira kepadamu, kamu akan
memperoleh seorang putera bernama Yahya yang soleh yang
membenarkan kitab-kitab Allah menjadi pemimpin yang diikuti
bertahan diri dari hawa nafsu dan godaan syaitan serta akan
menjadi seorang nabi."
Berkata Zakaria: "Ya Tuhanku bagaimana aku akan memperolehi
anak sedangkan isteri adalah seorang perempuan yang mandul dan
aku sendiri sudah lanjut usianya."
Allah menjawab dengan firman-Nya: "Demikian itu adalah
suatu hal yang mudah bagi-Ku. Tidakkah aku telah ciptakan engkau
padahal engkau di waktu itu belum ada sama sekali?"
Berkata Zakaria: "Ya Tuhanku, berilah aku akan suatu tanda
bahawa isteri aku telah mengandung." Allah berfirman:
"Tandanya bagimu bahawa engkau tidak dapat berkata-kata
dengan manusia selama tiga hari berturut-turut kecuali dengan
isyarat. Dan sebutlah nama-Ku sebanyak-banyaknya serta
bertasbihlah diwaktu petang dan pagi hari."
Nabi Yahya bin Zakaria a.s. tidak banyak dikisahkan oleh
Al-Quran kecuali bahawa ia diberi ilmu dan hikmah selagi ia
masih kanak-kanak dan bahawa ia seorang putera yang berbakti
kepada kedua ora ng tuanya dan bukanlah orang yang sombong
durhaka. Ia terkenal cerdik pandai, berfikiran tajam sejak ia
berusia muda, sangat tekun beribadah yang dilakukan siang dan
malam sehingga berpengaruh kepada kesihatan badannya dan
menjadikannya kurus kering, wajahnya pucat dan matanya cekung.
Ia dikenal oleh kaumnya sebagai orang alim menguasai soal-soal
keagamaan, hafal kitab Taurat, sehingga ia menjadi tempat
bertanya tentang hukum-hukum agama. Ia memiliki keberanian dalam
mengambil sesuatu keputusan, tidak takut dicerca orang dan tidak
pula menghiraukan ancaman pihak penguasa dalam usahanya
menegakkan kebenaran dan melawan kebathilan.
Ia selalu menganjurkan orang-orang yang telah berdosa agar
bertaubat dari dosanya. Dan sebagai tanda taubatnya mereka
dipermandikan { dibaptiskan } di sungai Jordan, kebiasaan mana
hingga kini berlaku di kalangan orang-orang Kristian dan kerana
Nabi Yahya adalah orang pertama yang mengadakan upacara itu,
maka ia dijuluki "Yahya Pembaptis".
Dikisahkan bahawa Hirodus Penguasa Palestin pada waktu itu
mencintai anak saudaranya sendiri bernama Hirodia, seorang gadis
yang cantik, ayu, bertubuh lampai dan ramping dan berhasrat
ingin mengahwininya. Sang gadis berserta ibunya dan seluruh
anggota keluarga menyentujui rencan perkahwinan itu, namun Nabi
Yahya menentangnya dan mengeluarkan fakwa bahawa perkahwinan itu
tidak boleh dilaksanakan kerana bertentangan dengan syariat Musa
yang mengharamkan seorang mengahwini anak saudaranya sendiri.
Berita rencana perkahwinan Hirodus dan Hirodia serta fatwa Nabi
Yahya yang melarangnya tersiar di seluruh pelosok kota dan
menjadi pembicaraan orang di segala tempat di mana orang
berkumpul. Herodia si gadis cantik calon isteri itu merasa sedih
bercampur marah terhadap Nabi Yahya yang telah mengeluarkan
fatwa mengharamkan perkahwinannya dengan bapa saudaranya
sendiri, fatwa mana telah membawa reaksi dan pendapat dikalangan
masyarakat yang luas. Ia khuatir bahawa bapa saudaranya Herodus
calon suami dapat terpengaruh oleh fatwa Nabi Yahya itu dan
terpaksa membatalkan perkahwinan yang sudah dinanti-nanti dan
diidam-idamkan, bahkan bahkan sudah menyiapkan segala sesuatu
berupa pakaian mahupun peralatan yang perlu untuk pesta
perkahwinan yang telah disepakati itu.
Menghadapi fatwa Nabi Yahya dan reaksi masyarakat itu, Herodia
tidak tinggal diam. Ia berusaha dengan bersenjatakan kecantikkan
dan parasnya yang ayu itu mempengaruhi bapa saudaranya calon
suaminya agar rencana perkahwinan dilaksanakan menurut rencana.
Dengan merias diri dan berpakaian yang merangsang, ia pergi
mengunjungi bapa saudaranya Herodus yang sedang dilanda mabuk
asmara. Bertanya Herodus kepada anak saudaranya calon isterinya
yang nampak lebih cantik daripada biasa : "Hai manisku,
apakah yang dapat aku berbuat untukmu. Katakanlah aku akan
patuhi segala permintaanmu, kedatanganmu kemari pada saat ini
tentu didorong oleh sesuatu hajat yang mendesak yang ingin
engkau sampaikan kepadaku. Sampaikanlah kepadaku tanpa
ragu-ragu, hai sayangku, aku sedia melayani segala keperluan dan
keinginanmu."
Herodia menjawab: "Bila Tuan Raja berkenan, maka aku hanya
mempunyai satu permintaan yang mendorongku datang mengunjungi
Tuanku pada saat ini. Permintaanku yang tunggal itu ialah kepala
Yahya bin Zakaria orang yang telah mengacau rencana kita dan
mencemarkan nama baik Tuan Raja dan namaku sekeluarga di segala
tempat dan penjuru. Supaya dia dipenggal kepalanya. Alangkah
puasnya hatiku dan besarnya terima kasihku, bila Tuanku berkenan
meluluskan permintaanku ini".
Herodus yang sudah tergila-gila dan tertawan hatinya oleh
kecantikan dan keelokan Herodia tidak berkulik menghadapi
permintaan calon isterinya itu dan tidak dapat berbuat selain
tunduk kepada kehendaknya dengan mengabaikan suara hati
nuraninya dan panggilan akal sihatnya. Demikianlah maka tiada
berapa lama dibawalah kepala Yahya bin Zakaria berlumuran darah
dan diletakkannya di depan kesayangannya Herodia yang tersenyum
tanda gembira dan puas hati bahawa hasratnya membalas dendam
terhadap Yahya telah terpenuhi dan rintangan utama yang akan
menghalangi rencana perkahwinannta telah tersingkirkan, walaupun
perbuatannya itu menurunkan laknat Tuhan atas dirinya, diri
rajanya dan Bani Isra'il seluruhnya.
Cerita tentang Zakaria dan Yahya terurai di atas dikisahkan oleh
Al-Quran, surah Maryam ayat 2 sehingga ayat 15, surah Ali Imran
ayat 38 senhingga ayat 41 dan surah Al-Anbiya' ayat 89 sehingga
ayat 90.
Email: [email protected] |
|