![]()

| Menghilangkan Jerawat | Hilangkan jerrawat dengan sebungkus daun teh (masih hijau). Didihkan kemudian lekatkan ke jerawat. |
| Lalat jatuh ke dalam minuman |
Jika lalat jatuh ke dalam minuman, rendamkan terus lalat itu kemudian buangkan. Air itu selamat untuk diminum. (Intipati dari hadis) |
| Senggugut |
Ubati senggugut dengan minuman air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya. |
| Pecah Bibir | Pecah bibir dalam mulut atau lidah akibat tergigit? Sapukan getah pokok sena yang berwarna merah. |
|
Sakit Mata |
Daun bunga melati, jika ditumbuk sampai lumat, kemudian ditampal pada kening, insyaAllah akan sembuh dari sakit mata. |
| Demam |
Lendir dari daun lidah buaya boleh mengurangkan suhu demam. |
| Makanan yang masam |
Jangan makan banyak makanan yang serba masam, nanti badan jadi lemah. |
| Air dimasuki lalat |
Jika lalat jatuh ke dalam minuman, rendamkan terus lalat itu kemudian buangkan. Air itu selamat untuk diminum. (Intipati dari hadis) |
| Minuman panas lebih cepat sejuk |
Supaya minuman panas di dalam cawan lebih cepat sejuk, kasukkan sebatang sudu besi dan biarkan beberapa ketika. |
| Tumbesaran Anak-anak |
Anak-anak akan lebih giat membesar jika dikenakan pakaian yang longgar. |
| Membasuh beras |
Jangan basuh beras lebih dari tiga kali kerana khasiat kebaikannya akan hilang jika dicuci terlalu bersih. |
| Ubat gigi |
Arang yang didapati dari kayu yang dibakar hangus boleh dijadikan ubat gigi. |
| Tidur di siang hari |
Jika terlalu banyak tidur pada siang hari adalah dikhuari boleh mendatangkan penyakit-penyakit kulit. |
| Menajamkan penglihatan |
Tajamkan penglihatan anda dengan kerap memandang sesuatu yang berwarna hijau. |
| Mencuci sayur |
Sayur yang hendak dimasak hendaklah dicuci lebih lama dengan mencucurkan air paip ke atasnya supaya selamat dari sisa-sisa racun serangga dan baja. |
| Menggoreng Ikan |
Supaya ikan digoreng tidak melekat di kuali, masukkan seketul asam jawa ke dalam minyak semasa memanaskan kuali. |
| Mengilatkan emas |
Untuk mengilatkan emas, rendamkan emas dengan air asam Jawa semalaman, kemudian gosok dengan ubat gigi. |
| Menghilangkan bau peti |
Letakkan arang di dalam peti sejuk untuk mengelak peti sejuk daripada berbau. |
| Mata kiri terkena cili |
i) Sekiranya mata kiri terkena cili, basuh ibu jari kaki kanan dan begitulah sebaliknya. ii) Gosokkan dengan hujung rambut. |
| Supaya tidak panas memakan durian |
Supaya tidak pening atau panas ketika memakan terlalu banyak durian, masukkan sedikit air ke dalam pangsa durian dan minum. |
| Baju terkena minyak |
Jika baju terkena minyak masak atau sambal, bubuh bedak atau tepung di tempat yang kena dan biarkan semalaman. |
| Sakit Gigi |
Aduh sakit gigi. Celupkan kapas ke dalam minyak yang sudah digunakan untuk memasak. Kemudian bakar seketika di dalam piring (jangan sampai jadi abu). Masukkan sisa bakaran ke tempat gigi yang berlubang. Hati-hati jangan terkena gusi. |
| Jika terkena api |
Kalau terkena api, sedangkan madu dan susu pekat tiada, gunakan ubat gigi ke atas tempat yang sakit. |
| Mengurangkan suhu badan |
Ramas dan rendamkan beberapa kuntum bungan raya bersama lendirnya ke dalam air dan sapukan ke dahi. Insya-Allah kurang suhu badan. |
| Anak sesak nafas |
Jika anak sesak nafas, ambil minyak kelapa dan gosokkan di atas kepalanya. |
Penghargaan
Ilmiah
Petua Warisan
KoLeksi
Gambar
Access
List
forum
![]()
resepi
Link Pilihan
mIRC
Puisi
cerita
Info
Institusi Pengajian
Programme ![]()