
![]()
* Tugas pertama seorang lelaki ialah menjadi dirinya sendiri.
* Pilihlah seseorang untuk dicintai & cintalah pilihan anda itu.
* Cinta tidak berbalas sama seperti soalan tanpa jawapan.
* Lelaki yang tidak berharta biasanya memiliki lidah bermadu.
* Lelaki pendiam ibarat air tenang dalam & bahaya.
*
Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada
musuhnya
sendiri.
*
Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan
hanya boleh
dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA.
*
Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu
lawan &
yang mana satu kawan.
*
Membaca menjadikan diri anda sebagai seorang lelaki,
menghadiri
persidangan sebagai persediaan menjadi lelaki
yang sebenar
& menulis menjadikan anda lelaki sejati.
*
Karektor seseorang lebih mudah disembunyikan daripada
dikesani oleh
orang lain.
*
Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak
mengejar nama.
* Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah.
* Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap
*
Jika anda hanya berbuat baik kepada diri sendiri maka anda
sebenarnya
tidak pernah membuat kebaikan.
*
Pengalaman ialah gelaran yang diberikan oleh setiap orang
terhadap
kesilapan mereka.
*
Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah
kapal yang
besar.
* Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.
*
Anak lelaki tetap menjadi anak lelaki sehinggalah beliau
beristeri.
Anak perempuan kekal menjadi anak perempuan
seumur
hidupnya.
* Jika anda takut pada sesuatu, lihatlah & hadapilah.
* Imaginasi menguasai dunia.
*
Kebodohan ialah kesilapan bagi seseorang yang mempunyai
peluang untuk
menjadi pandai.
* Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya.
*
Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda tidak
menjadi
pembaca terlebih dahulu.
* Rahsia hati seseorang ialah sedalam sebuah lautan yang luas.
*
Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah
suara yang
paling merdu di dunia.
*
Orang miskin memakan makanan nyang lebih enak daripada
orang kaya
kerana makanan mereka adalah berkat kepada
kemiskinan
mereka.
*
Anda tidak akan berasa penat sekiranya melakukan perkara
yang anda suka.
*
Lebih baik seseorang wanita mengahwini lelaki yang mencintainya
daripada
beliau mencintai lelaki tersebut.
*
Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang
ke tangga
tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.
*
Di mana anda berdiri, di situlah perlumbaan kehidupan anda
dan lupakan
masa silam.
* Berhati-hatilah dengan kemarahan seorang yang sedang bersabar.
* Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana
*
Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan & kegagalan
sendiri
daripada menuding kesalahan kepada pihak lain
*
Setiap malam sebelum tidur,anda perlu menetapkan satu
matlamat di
dalam minda & menguatkannya dari hari ke hari
*
Jagalah apa yang anda suka atau anda terpaksa menyukai apa
yang anda
dapat.
* Lelaki yang bijak dapat membaca buku & kehidupan sekaligus.
*
Kesabaran akan lebih menguntungkan daripada kekuatan yang
dimiliki
*
Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda
masih
mempunyai masa depan.
*
Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan
mengenal
kemanisan.
*
Masyarakat abad dahulu menggunakan tenaga manusia untuk
membina sebuah
monumen yang indah sekali. Masyarakat abad
kini
menggunakan jentera hanya untuk membina sebuah kedai
*
Tidak pernah wujud orang malas. Orang yang dianggap malas
ialah orang
yang tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai
dengan
minatnya.
* Jika poket anda penuh, anda tidak akan kekurangan sahabat.
* Semua perkara adalah sukar sebelum ia menjadi mudah.
* Mimpi itu adalah perlu dalam hidup.
* Seorang lelaki boleh dikalahkan tetapi tidak boleh dimusnahkan.
*
Kemenangan terhadap diri sendiri adalah lebih baik daripada
kemenangan
terhadap orang lain.
*
Orang pengecut ialah orang yang melihat sesuatu yang benar
tetapi tidak
melakukannya.
* Kemenangan hanya untuk orang yang berhak mendapatkannya.
*
Lebih mudah untuk memenuhi impian kita yang pertama
daripada cuba
untuk mengejar impian-impian lain selepasnya.
* Tidak ketawa walaupun sehari amat merugikan.
*
Anda tidak boleh mengubah masa lepas anda. Tetapi anda
boleh
memusnahkan diri anda kini sekiranya terlalu
memikirkan
masa depan anda.
*
Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting
bagaimana
keadaan kita semasa hidup.
* Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama.
*
Berterima kasihlah kepada pokok yang memberi anda
perlindungan
dengan tidak memusnahkannya.
*
Sembahyang adalah prinsip utama dalam hidup. Memberi
alasan tidak
cukup masa untuk melakukannya adalah
hinaan kepada
Allah.
* Jangan tinggalkan hingga esok apa yang boleh disiapkan hari ini.
* Tiada hiburan yang lebih murah daripada membaca
*
Apabila semua benda kelihatan semakin hilang, ingatlah
bahawa masa
depan masih ada.
*
Rasuah akan sentiasa wujud selagi masih ada perasaan tamak
pada diri
manusia
*
Jangan sangka diri kita adalah yang terbaik kerana kita
belum kecapi
kejayaan yang orang lain capai
*
Tidak semestinya orang yang berjaya terus berjaya dan orang
yang gagal
terus gagal
*
Orang yang serba kekurangan kurang mengetahui kelemahan
dirinya
sebaliknya sentiasa menyalahkan orang lain atas
apa yang
berlaku
*
Dalam dunia ini lebih ramai yang berlidah buaya daripada
yang berlidah
manusia
*
Dunia bukanlah tempat menunjukkan kekuatan tetapi untuk
kita rasai
nikmatnya.
*
Orang yang sentiasa berusaha ialah seorang yang takutkan
kegagalan
*
Seseorang yang cepat mendaki ke puncak akan cepat pula
jatuh ke bumi
*
Kepakaran seseorang tidak akan ke mana selagi dia tidak
membuktikannya
melalui perlaksanaan.
*
Sewaktu senang kita lebih menghargai kekayaan tetapi
sewaktu susah
kita akan lebih menghargai kesihatan.
*
Penipu yang mahir sekalipun tidak akan menyedari sekiranya
dirinya ditipu.
* Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan
* Harta boleh menjadikan seseorang yang tamak sebagai hambanya.
* Kecantikan dan kebaikan tidak wujud bersama
*
Peperangan hanya boleh menjanjikan kemenangan selepas
kemusnahan dan
kematian
*
Setiap manusia hanya mempunyai dua matlamat iaitu cita-cita
& kejayaan
* Harta menjamin dunia. Iman menjaminkan akhirat
*
Penghalang kepada kejayaan adalah fikiran sendiri, bukannya
kecacatan atau
kekurangan
*
Seorang anak tidak akan mengetahui kasih sayang ibu bapanya
terhadapnya
sehinggalah dia mempunyai anak sendiri
*
Kawan yang sebenar ialah seorang yang dapat menerima diri
anda yang
sebenar
*
Masa adalah sekolah di mana kita belajar. Masa adalah api
di dalamnya
kita terbakar
*
Manusia mesti menamatkan peperangan, jika tidak peperangan
akan
menamatkan manusia
* Arus masa depan telah tiba & tiada cara melawannya
* Kisah cinta yang sebenarnya tiada akhirnya
* Bukti terbaik cinta ialah kepercayaan
*
Kita lebih banyak berusaha untuk menegakkan benang basah
daripada
berusaha memperbaiki kelemahan diri
*
Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya
ganjaran yang
kita terima juga setanding dengan apa yang
kita usahakan
*
Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran
yang datang.
*
Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan
beroleh apa
yang kita hajati.
* Dendam adalah manis. Balasannya adalah pahit.
*
Fikiran membawa
kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa
kepada
kejayaan. Kejayaan membawa kepada impian.
Mutiara Mutiara (2) Mutiara (3) Mutiara (4) Nilai Masa
![]()
Email : [email protected]