Sebaliknya pengulang-alik medan berkisar angker pegun voltan AU dikeluarkan oleh bahagian pemegun dan bekalan AT disuapkan pada bahagian pemutar. Perbezaan ini menyebabkan voltan yang dikeluarkan berbeza jumlahnya. Pengulang-alik jenis medan berkisar angker pegun mengeluarkan voltan yang lebih tinggi dan banyak berbanding dengan pengulang-alik angker berkisar medan pegun. |