INFO

PENGENALAN

Pada amnya binaan a.t & a.u hampir serupa kecuali pada bahagian yang berputar. Bagi Penjana a.t, bahagian yang berputar (angker) disambungkan ke litar luar melalui penukar tertib, sementara Penjana a.u atau nama khususnya pengulang-alik, bahagian yang berputar (pemutar) disambung ke litar luar menggunakan gelang pelincir.

Perbezaan ini turut menyebabkan voltan yang dikeluarkan adalah berbeza. Bagi pengulang-alik voltannya akan bertukar kutub apabila pengalir yang berputar dalam pemutar berada pada sudut 180° hingga 360°, sementara Penjana a.t kekal pada satu kutub.

Besar kecilnya voltan yang dapat dijanakan (E) bergantung pada faktor yang serupa dengan penjana AT iaitu fluks (Φ), bilangan pasangan kutub (P),kelajuan pemutar pengalir (N), bilangan pengalir (Z) dan faktor tetap sebuah mesin (K), faktor ini dapat diringkaskan dalam rumus berikut :

E=KΦZNP

BINAAN AU

RAJAH 1 : BINAAN RINGKAS PENGULANG-ALIK

HOMEVO1