1 November 2003
 
 


Siapa saya ?


Salam sejahtera.

Pertamanya ribuan kemaafan kerana saya tidak menyiarkan e-mel yang menuduh laman ini pro pembangkang. Saya menganggap isu ini tidak perlu diperbesarkan dan e-mel berkenaan hanyalah satu unsur provokasi terhadap saya untuk melihat sejauh mana pendirian saya dalam situasi kepartian.
Pendek kata, saya adalah kakitangan kerajaan maka menjadi kewajipan saya untuk taat kepada tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh kerajaan yang memerintah.
Kata pujangga "kalau takut dilambung ombak, sayulah mata memandang pulau" cukup dalam maknanya. Hakikatnya dalam perjuangan dan gerak kerja yang dilakukan pasti akan menghadapi cabaran walau sebaik mana kerja yang dilakukan. Kesabaranlah yang menjadi tunggak kekuatan diri.
Terbaru saya diminta memperkenalkan diri oleh seorang guru dari Terengganu yang menulis melalui ruangan 'Daripada Pembaca'.
Sememangnya tidak ada masalah tetapi buat masa ini saya lebih selesa tidak menonjolkan diri. Utamanya laman ini sentiasa dapat memberikan manfaat kepada semua pihak.

 
     

Hosted by www.Geocities.ws

1