| |
 |
|
| |
|
|
| |
22 Ogos2003
|
|
| |
Mendisiplinkan
Pelajar Tanggungjawab Bersama
Salam
perpaduan.
Peristiwa yang berlaku di SM Teknik
Batu Pahat beberapa hari lalu adalah sebahagian daripada masalah
disiplin yang sekian lama dihadapi oleh institusi pendidikan
di negara ini.
Kemerosotan disiplin pelajar bukanlah isu baru, sebaliknya
pendedahan kes-kes yang serius dan adakala berurutan satu
kes ke satu kes yang lain menggambarkan masalah ini perlu
ditangani secara lebih berkesan.
Sikap menuding jari dan saling menyalahkan
hendaklah dikikis dalam menangani masalah ini. Ibu bapa, sekolah,
pejabat pendidikan, jabatan pendidikan dan kementerian pendidikan
sewajarnya selangkah dan seiring dalam mencari jalan untuk
mencegah masalah ini dari terus menular.
Ibu bapa sudah pasti menjadi pemangkin
utama memandangkan anak-anak lebih mudah dipantau berbanding
dengan pihak sekolah. Bayangkan seorang guru terpaksa mengawasi
30-40 pelajar. Bebanan ini cukup berat apabila diambil kira
hal-hal tugas dan keluarga yang juga menuntut kewajipan untuk
dilaksanakan.
Usaha-usaha mengetatkan peraturan
sekolah perlulah dilakukan. Pengubahsuaian peraturan berdasarkan
situasi semasa juga adalah mustahak untuk mengawal pelajar.
Adalah amat menyedihkan, terdapat sekolah yang masih mengguna
pakai peraturan-peraturan lama yang sudah tidak relevan dengan
situasi dan perkembangan semasa.
Keadaan akan menjadi lebih buruk
bilamana penguatkuasaan peraturan tidak dilaksanakan dengan
betul dan teratur.Tidak dinafikan terdapat juga guru-guru
yang bersikap pejam mata bila berhadapan dengan masalah disiplin
pelajar atas faktor-faktor tertentu. Namun teguran dan tindakan
yang dibuat secara berhikmah pastinya akan membuahkan hasil
yang baik.
Sikap lepas tangan dan terlalu bertolak
ansur dalam menangani masalah disiplin perlulah diketepikan.
Sudah tentu kita tidak mahu melahirkan pelajar-pelajar sepertimana
ungkapan peribahasa;
"Guru kencing berdiri murid kencing berlari"
"Bapa borek anak rintik"
"Bagaimana doh begitulah kuihnya"
Sekian.
22 Ogos 2003
|
|
| |
|
|
|