
Ilmu umpama air yang mengalir, tadahlah dengan hati yang ikhlas |
-PENAFIAN-
PANDANGAN
DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN SIKAP PENGENDALI
WEB.
Paparan
terbaik menggunakan Internet explorer 4.0 dan ke atas dengan
resolusi 1024 X 768 px
Tiada Hakcipta Terpelihara
.Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat
didalam laman ini amatlah digalakkan dan dihargai.
PeNdiDik 2000-2004© [email protected]
|
|

Cabaran laman Pendidik
Assalamualikum.
Salam sejahtera.
Kesibukan
tugas sebermula sesi persekolahan 2005 makin menghambat.
Hinggakan proses kemaskini laman ini dan sisipan Bahan
Percuma juga tertunda entah berapa kali. Alhamdulillah
usaha yang sedikit demi sedikit akhirnya dapat disempurnakan
dan semua bahan yang diterima telah dimasukkan sepenuhnya.
Kebelakangan ini laman ini juga menghadapi
masalah untuk diakses kerana pihak tapak web Geocities.com
telah menghadkan bilangan pelawat. Saya sendiri juga adakala
bermasalah untuk melakukan proses kemaskini. Justeru anda
dinasihatkan agar bersabar.
Seperkara lagi ruang muat turun
yang diperuntukkan juga hampir mencecah had yang dibenarkan.
Ini menjejaskan proses muat turun bahan-bahan baru setiap
kali proses kemaskini dilakukan. Malahan saya terpaksa
membuang beberapa fail yang dirasakan kurang bermanfaat
bagi menempatkan bahan-bahan baru. Sememangnya terfikir
untuk membuka akaun baru bagi beberapa sisipan seperti
yang dilakukan terhadap sisipan Bahan Percuma. Walaubagaimanapun
mungkin itu pilihan terakhir yang akan dilaksanakan memandangkan
proses memindah fail ke tapak baru akan memakan masa dan
perlukan tumpuan yang lebih dari saya.
Bagi menyelesaikan masalah ini,
sememangnya saya juga berhasrat untuk mendaftar dengan
tapak web berbayar. Namun faktor kos perlu juga difikirkan.
Inilah di antara kekangan yang dihadapi ketika ini.
Apa sekali pun, laman ini akan
terus dikemaskini secara berkala.
|
|