
Ilmu umpama air yang mengalir, tadahlah dengan hati yang ikhlas |
-PENAFIAN-
PANDANGAN
DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN SIKAP PENGENDALI
WEB.
Paparan
terbaik menggunakan Internet explorer 4.0 dan ke atas dengan
resolusi 1024 X 768 px
Tiada Hakcipta Terpelihara
.Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat
didalam laman ini amatlah digalakkan dan dihargai.
PeNdiDik 2000-2004© [email protected]
|
|

Cerita Pertukaran
Assalamualikum.
Salam sejahtera.
Cuti
makin hampir ke penghujung. Mungkin ada di kalangan kita
yang terpaksa kembali bertugas awal untuk menyiapkan pelbagai
urusan sebelum sesi persekolahan 2005 bermula. Saya juga
mula kesibukan untuk menyiapkan jadual waktu 2005.
Dengan pengalaman sebelumnya 2 minggu diperlukan untuk
menyempurnakannya... itupun jika tiada lagi perubahan
guru masuk atau keluar.
Beban memang tidak dinafikan tetapi kebiasaan itu menjadikannya
ringan. Ibarat pepatah alah bisa tegal biasa.
Menariknya hujung tahun ini ramai di kalangan guru yang
menantikan keputusan permohonan pertukaran yang dibuat.
Memo sudah pun keluar dan tahniah kepada yang diluluskan
dan jangan putus asa kepada yang gagal. Penting sekali,
teruskan khidmat cemerlang walau di mana ditempatkan.
Tentunya saya juga di antara ribuan yang mohon bertukar.
Harapan menggunung tinggi sebaik saja borang diisi.
Dalam pada itu pelbagai cerita berkisar di kalangan rakan-rakan
yang turut memohon. Paling hangat tentang pentingnya 'kabel'
untuk membantu. Masing-masing mempunyai 'kabel' hebat-hebat
dari orang dalam KPM, JPN, PPD hinggalah kepada orang
politik. Begitulah hebatnya peranan 'kabel' ini.
Namun saya tidak mempunyai semua itu, biarlah berusaha
sendiri untuk dapat tukar. Biar naik turun JPN bertemu
pegawai berkenaan, saya sanggup.
Teringat sewaktu saya dapat bertukar kembali ke negeri
tumpah darah ini. Saya terpaksa berhabis tambang balik
untuk merayu kepada pegawai di JPN berkenaan agar di tempatkan
di daerah yang dipohon demi menjaga ibu yang kesihatannya
makin merosot dan memerlukan perhatian penuh. Jawapan
pegawai berkenaan sehingga kini masih saya ingat..."Biasalah
cikgu, di tahap seperti kita semua orang mempunyai ibu
bapa yang sudah tua, daerah yang dipohon tu telah penuh."
Akhirnya,saya ditempatkan di sebuah daerah yang tidak
dipohon langsung!
Pergi tetap saya pergi...malangnya selepas itu saya sendiri
mendapat bukti bahawa daerah yang saya pohon masih dapat
diisi dengan guru-guru baru 'posting' yang 'kabelnya'
hebat-hebat. Lebih malang lagi, rupa-rupanya ada juga
guru yang ditempatkan bersama saya tidak hadir langsung!
Sebulan kemudian diketahui ditempatkan di daerah yang
dipohon juga...
Kadang-kadang dasar-dasar yang digunapakai ini juga tidak
diikuti oleh pelaksananya.
Begitulah juga kali ini, setelah naik turun merayu ke
JPN dan PPD akhirnya memo dukacita itu muncul juga. Saya
pun makin tak kisah dengan semua itu...PPD kata disokong
untuk dilepaskan...JPN kata jumpalah PPD kerana PPD tidak
lepas. Biarlah mereka saling tuding menuding antara satu
sama lain.
Tak kisah ini kerana saya tidak ada 'kabel' semuanya usaha
sendiri. Lagi pun yang ada 'kabel' besar-besar pun tidak
dilayan juga...mungkin orang lain 'kabelnya' lebih besar
lagi! Maklumlah melawan 'kabel' !
Akhirnya kepada teman-teman yang berjaya, selamat bertugas
di tempat baru..kepada semua guru teruskan khidmat cemerlang
demi agama, anak bangsa dan negara tercinta.
|
|