30 Jun 2003

 
 

Membendung penularan bahan pornografi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Ketidakpuasan di hati masih dirasai dengan paparan laman ini selepas dimuat turun beberapa hari lalu. Insyaallah usaha untuk memperbaiki kelemahan tersebut akan diteruskan.

Isu vcd haram dan lucah masih lagi hangat diperkatakan. Hingga kini usaha membanteras kegiatan tidak bermoral ini masih giat dilakukan oleh pihak berkuasa. Tentunya usaha ini amat disokong.

Penyebaran vcd lucah di kalangan remaja cukup merisaukan. Malahan memungkinkan remaja terbabit dengan aktiviti tidak bermoral dan mendedahkan mereka kepada jenayah seksual.
Di samping itu, budaya-budaya barat akan turut menular dan meghakis jati diri remaja kita.

Penghakisan budaya sebenarnya telah lama berlaku di kalangan remaja. Penularan vcd lucah dan bahan-bahan bacaan yang berunsur seks dan diselit dengan gambar-gambar yang mengghairahkan sewajarnya telah lama dibendung.

Justeru, pihak berkuasa juga sewajarnya membuat pemantauan dan operasi terhadap penerbit-penerbit majalah atau pun akhbar tabloid yang seringkali menyelitkan cerita-cerita berunsur seks kepada pembaca. Bahkan majalah-majalah sebegini semakin berlambak di pasaran ketika ini.

Oleh yang demikian, usaha secara bersepadu perlulah dilaksanakan dalam membanteras gejala-gejala pornografi yang semakin berkembang dan menular daripada mempengaruhi remaja.

30 Jun 2003

 
     

Hosted by www.Geocities.ws

1