4 Oktober 2004... 

Ilmu umpama air yang mengalir, tadahlah dengan hati yang ikhlas
-PENAFIAN-
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN SIKAP PENGENDALI WEB.

Paparan terbaik menggunakan Internet explorer 4.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 X 768 px

Tiada Hakcipta Terpelihara
.Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan dan dihargai.

PeNdiDik 2000-2004© [email protected]



Laman web sekolah: Sekali datang kedua tidak


Assalamualikum.
Salam sejahtera.


Menjelajah alam siber memang mengasyikkan kerana pelbagai informasi dan bahan-bahan menarik yang ditemui. Pendek kata, dunia internet ibarat 'guru' juga yang banyak ilmu boleh kita perolehi daripadanya.

Baik buruk terletak kepada kekuatan dalaman individu. Menariknya kini banyak sekolah yang telah mempunyai laman web. Namun kebanyakan berkisar kepada perihal sekolah dan persekitarannya sahaja. Hampir semua kandungan sama. Malang lagi ada yang tidak dikemaskini langsung sejak kali pertama dimuatnaik.

Berdasarkan kandungan dan usaha kemaskini, didapati kebanyakan laman web sekolah tidak lagi dikunjungi untuk kali seterusnya oleh pelayar. Tidak ada maklumat yang dapat dimanfaatkan.

Memang agak sukar untuk mendapat koleksi soalan dari laman web sekolah, walhal saban tahun peperiksaan diadakan. Apatah lagi untuk mendapat bahan pembelajaran daripada guru-guru atau latihan secara 'online' untuk manfaat pelajar sendiri.

Sebenarnya alasan tiada kemudahan capaian internet di kalangan pelajar tidak dapat diterima jika berpegang kepada usaha menyebarluaskan ilmu menjadi tanggungjawab guru.

Tidak dinafikan ada beberapa laman web sekolah yang interaktif penampilannya dan mempunyai kemudahan untuk pelajar menyemak keputusan dan guru-guru dapat memasukkan markah peperiksaan walau di mana berada. Ini satu perkembangan yang baik.

Pengalaman mengendalikan laman ini juga membuktikan sukarnya untuk mendapatkan bahan-bahan dan tulisan daripada kalangan guru. Agak mengecewakan wujudnya laman web sekolah yang dibangunkan oleh pelajar dengan kandungan dan penampilan yang menyakitkan mata (baru belajar). Aktiviti ini sepatutunya diberi ingatan dan disekat oleh pihak sekolah agar imej sekolah tidak terjejas.

Perkembangan dunia internet dapat memberi impak yang baik kepada perkongsian bahan pembelajaran dan pelbagai maklumat jika diurus dengan sempurna. Oleh yang demikian sewajarnya setiap sekolah menubuhkan pasukan kerja bagi membangunkan dan mengendalikan laman web masing-masing yang memberi manfaat kepada semua warga pendidikan.


Hosted by www.Geocities.ws

1