
Respon I:
Pandangan John Tambi (Surat
Pembaca)
Assalamualikum.
Salam sejahtera.
Terima
kasih kepada saudara John Tambi atas pandangan yang diberikan.
Pernah beberapa kali diutarakan tentang betapa sukarnya
untuk mengendalikan sebuah laman web agar sentiasa memberi
manfaat kepada pengunjung. Mengendalikan laman web ini
kini bukan lagi satu hobi malah merupakan satu komitmen
agar bahan-bahan dan maklumat berkaitan pendidikan dapat
disalurkan kepada para pengunjung.
Bumi mana tidak ditimpa hujan, laut mana tidak bergelora?
Maka segala lemparan dan tuduhan yang diterima bukanlah
penghalang. Laman ini hanya memaparkan segala macam berita
dan bahan berkaitan pendidikan dari pelbagai sumber dan
terpulang kepada pembaca untuk menilainya.
Sehubungan itu ruangan Surat Pembaca diadakan agar segala
pandangan dapat diluahkan berkaitan isu-isu khususnya
pendidikan.
Proses menyaring segala artikel melalui Surat Pembaca
sentiasa dilakukan. Hampir 70% tidak dapat disiarkan.
Kebanyakan hanya meminta bahan-bahan bagi kerja kursus
pelbagai tajuk dan ada beberapa pandangan yang jauh menyimpang
dari dunia pendidikan serta menghentam pihak-pihak tertentu.
Gambaran yang nyata melalui Surat Pembaca dan juga e-mel
yang diterima, kebanyakan warga pendidikan tidak berminat
untuk menulis dan mengembangkan pengetahuan untuk dikongsi.
Segelintir yang berminat tetapi menjurus kepada menghentam
pihak-pihak tertentu seperti guru besar, pengetua, penolong
kanan, rakan setugas dan tidak kurang pegawai di PPD dan
JPN. Melahirkan rasa tidak puas hati.
Sudah tentu pandangan sedemikian sukar untuk disiarkan.
Ruangan Surat Pembaca juga akan diteruskan. Harap-harap
akan ada perubahan di kalangan warga pendidik yang sudi
mencerna idea dan berkongsi pengalaman dan pandangan yang
bernas dan kritis untuk kebaikan bersama.