31 Ogos 2004... 

Ilmu umpama air yang mengalir, tadahlah dengan hati yang ikhlas
-PENAFIAN-
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN SIKAP PENGENDALI WEB.

Paparan terbaik menggunakan Internet explorer 4.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 X 768 px

Tiada Hakcipta Terpelihara
.Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan dan dihargai.

PeNdiDik 2000-2004© [email protected]


MERDEKA:
Menghayati erti sebenar



Assalamualikum.
Salam sejahtera.

Salam kemerdekaan.

Bulan kemerdekaan tahun ini nampaknya kurang mendapat sambutan berbanding tahun sebelumnya. Tidak banyak yang mengibarkan Jalur Gemilang baik di kenderaan mahupun di premis kediaman. Itu sebenarnya bukanlah ukuran mutlak terhadap kecintaan kepada tanah air tercinta ini.
Penghayatan kemerdekaan sebenarnya lebih kepada kesedaran dalaman individu terhadap perit jerih pejuang kemerdekaan dahulu dan peranan generasi kini mengekalkan kemerdekaan.
Hakikatnya kita tidak lagi dijajah oleh mana-mana kuasa asing tetapi kita dibelenggu oleh penjajah dalaman dalam pelbagai bentuk yang boleh merosakkan agama dan jati diri bangsa dan negara.
Kini sudah sinonim dengan sambutan kemerdekaan ialah konsert-konsert yang diadakan di serata pelosok tempat. Dari ibu negara hinggalah ke pekan kecil rata-rata menghidangkan konsert sempena malam kemerdekaan.
Sebenarnya kita boleh fikirkan banyak lagi agenda pengisiannya berbanding konsert-konsert yang acapkali diadakan bila-bila masa sahaja di negara kita.
Hayatilah erti kemerdekaan...


Hosted by www.Geocities.ws

1