
Ilmu umpama air yang mengalir, tadahlah dengan hati yang ikhlas |
-PENAFIAN-
PANDANGAN
DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN SIKAP PENGENDALI
WEB.
Paparan
terbaik menggunakan Internet explorer 4.0 dan ke atas dengan
resolusi 1024 X 768 px
Tiada Hakcipta Terpelihara
.Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat
didalam laman ini amatlah digalakkan dan dihargai.
PeNdiDik 2000-2004© [email protected]
|
|

Ingat...Peperiksaan makin dekat
Assalamualikum.
Salam sejahtera.
Bertemu kembali...banyak yang tidak sempat
dilakukan untuk menstruktur semula laman ini. Insyallah
usaha itu terus dilaksanakan tanpa menghentikan usaha mengemaskini
laman. Kata pepatah "sikit-sikit lama-lama jadi bukit",
maka diusahakan juga untuk mengemaskini semula bahan-bahan
lama yang sesetengahnya tidak dapat dicapai lagi.
Ogos tentunya bulan yang cukup menyibukkan dengan pelbagai
program khususnya untuk pecutan akhir UPSR, PMR, SPM dan
STPM. Ditambah lagi dengan beberapa aktiviti seperti sambutan
hari patriotik dan sambutan bulan kemerdekaan yang telah
menjadi sambutan tahunan bagi sekolah.
Minggu hadapan, menjelang lagi cuti persekolahan. Pasti
kebanyakan sekolah akan mengadakan kelas-kelas tambahan
dan pelbagai program khusus untuk para pelajar yang akan
menduduki peperiksaan berkenaan. Sesetengah guru terpaksalah
mengorbankan cuti dan program yang telah dirancang. Demi
kecemerlangan anak didik dan sekolah.
Pengorbanan besar dan tidak ternilai ini perlulah dihargai
oleh semua pihak baik pelajar, ibu bapa dan pihak pentadbiran
sendiri.
Apabila kejayaan dicapai kelak, ingatlah kepada pengorbanan
guru-guru ini. Andai sebaliknya, usah dipersalahkan guru.
Kita hanya berusaha, Allah menentukan segalanya. Kepada-Nya
kita berserah.
|
|