
Dari DGA29 ke DG41 (ii)
Assalamualikum.
Salam sejahtera.
Guru
PJJ
Alhamdulillah, nampaknya usaha dan pengorbanan guru meningkatkan
kualiti diri dan profesion berbalas. Tahniah guru PJJ.
Harapan Guru Siswazah dari DGA 29
Berbangkit juga isu tangga gaji bagi guru-guru DGA 29 yang
sambung belajar. Dinaikkan ke DG 41 dengan mata gaji paling
hampir dengan gaji terakhir di DGA 29. Bayangkan berkhidmat
10 tahun sama gajinya dengan guru siswazah yang baru diserap
ke DG 41.
Malahan terkini, guru yang memulakan perkhidmatan dalam
DG 41 hampir 11 tahun sudah layak dipertimbangkan ke DG
44 sedangkan guru DGA 29 yang dinaikkan gred dan tempoh
perkhidmatan melebihi 13 tahun masih tidak kelayakan.
Senioriti Hilang
Pengalaman mendewasakan! Nilainya pada diri guru
sendiri...Senioriti hilang sama sekali. Malangnya, sesetengah
guru usia dah mencecah 40-an pengalaman berbelas-belas tahun...naik
ke DG 41 kena induksi dan pengesahan jawatan semula...Senioriti
hilang sama sekali...nak jadi guru kanan tak layak kerana
baru dalam DG 41,apa lagi nak jadi PK. Pengalaman tidak
dapat dikembangkan untuk kebaikan sistem pendidikan..ruginya
kita!.
Cikgu tetap sabar...
Itu yang hebatnya guru.
Berkorban apa saja, kepentingan diri ikut nasib la...
Hebatnya guru DGA 29 berkorban untuk ke DG 41. Insyaallah
kesabaran anda akan terbalas...Syabas