
Ilmu umpama air yang mengalir, tadahlah dengan hati yang ikhlas |
|

Dari DGA29 ke DG41 (i)
Assalamualikum.
Salam sejahtera.
Kemasukan guru-guru
berijazah ke sekolah rendah telah pun dilaksanakan mulai
sesi persekolahan 2004.
Dalam masa yang sama guru-guru PJJ yang telah menamatkan
pengajian masih ternanti-nanti masa untuk diserap ke gred
baru DG41.
Tuding-menuding sering berlaku dalam isu penempatan guru-guru
PJJ ke gred DG41. Demi kebaikan profesion dan sebagai menghargai
usaha murni para pendidik adalah diharapkan isu ini diselesaikan
secepat mungkin.
Meneliti ruangan forum pembaca di dalam akhbar tempatan
beberapa minggu kebelakangan seakan-akan wujud sikap memperlekehkan
satu sama lain di kalangan warga pendidikan berkaitan taraf
ijazah sarjana muda dan sarjana. Sikap sebegini akhirnya
boleh membawa imej buruk kepada institusi dan warga pendidik
seluruhnya. Jangan kerana marahkan nyamuk kelambu dibakar.
Hakikatnya usaha guru-guru DG29 untuk meningkatkan taraf
profesion amatlah digalakkan dan tentunya selaras dengan
dasar Kementerian Pendidikan ke arah melahirkan ramai guru-guru
berijazah. Setelah bersusah payah sama ada dengan mengikuti
pengajian secara PJJ mahupun sepenuh masa tentu pada akhirnya
mengharapkan kenaikan ke gred DG41.
|

-PENAFIAN-
PANDANGAN
DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN SIKAP PENGENDALI
WEB.
Paparan
terbaik menggunakan Internet explorer 4.0 dan ke atas dengan resolusi
1024 X 768 px
Tiada Hakcipta Terpelihara
.Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam
laman ini amatlah digalakkan dan dihargai.
PeNdiDik 2000-2004© [email protected]
|