10 Disember 2003... 

Ilmu umpama air yang mengalir, tadahlah dengan hati yang ikhlas
 Pendidik
 Forum
Berita
Cermin Diri
Daripada Pembaca
Koleksi Tinta
Mutiara Kata
Buku Pelawat
Jalinan




Harap maaf...masih dalam pembinaan

 

 



Catatan cuti



Assalamualikum.
Salam sejahtera.



Saya ketika ini sedang bercuti di kampung isteri di Chenor, Pahang. Cukup menyeronokkan setelah hampir 6 bulan tidak pulang. Kesempatan cuti dan Syawal ini membuatkan hubungan terasa lebih mendekatkan. Dapat bertemu sanak-saudara yang masih lagi menyambung cuti.

Pemanduan tidak berhemah
Perjalanan lebih kurang 8 jam dari utara tentunya agak meletihkan. Namun sikap berhati-hati dan rehat secukupnya sentiasa diuatamakan sepanjang perjalanan.
Tragedi sepanjang Ops Sikap yang dilancarkan sepatutnya cukup menyedarkan kita agar lebih berhati-hati di jalan raya. Malangnya sepanjang perjalanan, gelagat-gelagat pemandu yang tidak berhemah masih lagi ditemui.
Memandu melebihi kelajuan yang ditetapkan paling banyak dilakukan. Kelajuan 110 km/j mungkin masih terlalu perlahan bagi sesetengah pemandu yang hendak cepat dan mengejar masa! Bayangkan sebuah kereta Kancil dipandu dengan kelajuan 130 km/j pada anggaran memotong kereta saya yang dipandu pada kelajuan 110 km/j. Adakala memang pemandu tidak memikirkan keselamatannya dan juga orang lain...Malangnya dia!

Hujan oh hujan!
Memasuki sempadan Pahang saya disambut dengan hujan renyai-renyai hinggalah ke destinasi. Sudah beberapa hari hujan sebegini. Cuaca mendung seharian. Nasib baik pakaian juga dibawa berlebihan kerana sudah biasa dengan keadaan begini. Masa terluang ini cukup bermakna untuk meluangkan masa menghadap komputer dan mengemaskini laman web ini...
Persiapan kerajaan Pahang untuk menghadapi banjir kali ini agak tersusun. Radio Malaysia Pahang sentiasa memberikan laporan dari semasa ke semasa tentang keadaan air sungai dan beberapa lokasi yang diancam banjir. Tidak seperti kebiasaan tahun-tahun semasa saya masih bertugas di sana. Keadaan ini mengingatkan saya sewaktu mula-mula bertugas di Pahang. Kebetulan diminta melaporkan diri pada bulan Disember...merasalah suasana banjir dan meredahlah banjir (bukan ke sekolah tapi menjaring ikan!). Keadaan ini dilalui hinggalah 10 tahun lamanya. Seronoknya banyak jenis ikan yang dapat ditangkap dan dijual...memang bahaya tapi macam pesta bagi sesetengah masyarakat di pantai timur yang sudah lali dengan keadaan ini.

Sekolah dan tugas
Cikgu tetap tidak terlepas dari teringatkan sekolah dan tugasnya...adakala rasa tidak sabar untuk kembali kepada rutin harian kita. Bercuti pun masih menyiapkan kerja untuk persiapan budaya buka sekolah sesi persekolahan 2004.




-PENAFIAN-
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN SIKAP PENGENDALI WEB.

Paparan terbaik menggunakan Internet explorer 4.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 X 768 px

Tiada Hakcipta Terpelihara
.Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan dan dihargai.

PeNdiDik 2000-2003© [email protected]

Hosted by www.Geocities.ws

1