| |
 |
|
| |
|
|
| |
27 Jun 2003
|
|
| |
Mencerna
Pemikiran Melalui Penulisan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
"Pendidik" kembali menemui rakan-rakan pengunjung
buat pertama kali tahun 2003 setelah lebih 7 bulan dihentikan
untuk tujuan mengemaskini semula laman ini. Sepanjang tempoh
tersebut banyak mel-e diterima oleh pengendali web yang memberikan
pandangan, komen dan saranan berkaitan laman ini. Terima kasih
diucapkan.
Mengendalikan laman web bukanlah semudah membinanya.
Bagi mendapatkan susun atur dan grafik adalah satu perkara
yang mudah. Sebaliknya untuk mendapatkan bahan buat paparan
adalah sesuatu yang sukar.
Kesukaran inilah yang dihadapi oleh "Pendidik" sejak
dari awal lagi. Namun begitu sedikit-sebanyak artikel yang
diterima melalui mel-e banyak membantu pengendali web walaupun
kebanyakannya dipetik dari siaran-siaran akhbar atau laman-laman
web lain.
Pengendali web menyedari, "Pendidik" bukanlah wadah
yang terkenal di kalangan pengunjung-pengunjung web sepertimana
portal-portal pendidikan yang tersohor di negara kita. Justeru
adalah sukar untuk mendapatkan bahan-bahan dari kalangan warga
pendidikan. Walaupun begitu,dari tinjauan dalam portal dan
web pendidikan lain juga mendapati adalah sukar untuk mendapatkan
kupasan idea dan pandangan dari warga pendidikan sendiri berkaitan
isu semasa mahupun isu pendidikan dalam bentuk penulisan.
Hakikatnya, semua orang boleh berbicara apa sahaja isu untuk
meluahkan pandangan tetapi adalah sukar untuk mencernakan
percakapan dan pemikiran serta kupasannya dalam bentuk tulisan.
Sekian.
Pengendali Web.
|
|
| |
|
|
|