| Sebaik-baik
kaya ialah kaya hati,sebaik-baik bekal ialah takwa,seburuk-buruk
buta ialah buta hati dan sebesar-besar dosa ialah berdusta.
|
| Kecantikan
yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian
ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.
(Hamka). |
Orang
yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan
maju.
~Horne |
| Yang
dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji
kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan
kamu. |
Kalau
hidup ingin merdeka,
Tiada tercapai hanya berkata,
Ke muka maju sekata, maju kita,
Melemparkan jauh jiwa hamba.
~Usman Awang |
"Dan
berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan."
~Surah al-Hajj:77 |
"Maka
sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah
sajalah tempat meminta pertolongan"
~Surah Yusuf:18 |
| Berunding
cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu |
Yang
paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang
yang selalu memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal
yang dapat kita kerjakan.
~Davey John Schwartz |
"Peristiwa
itu memberi pengajaran kepada saya mengenai bagaimana
guru besar perlu bersikap profesional dan tidak menggunakan
emosi dalam melakukan tindakan."
~Tengku Habsah Tengku Petera (Presiden Kesatuan
Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan) |
"Satu perkara yang menakutkan saya pada masa ini
ialah peningkatan gejala rasuah. Secara umumnya, lebih
tinggi rasuah yang ada, lebih kurang kemerdekaan yang
dimiliki."
~Profesor Diraja Ungku Aziz |
|
Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat. |
| Lebih
berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai. |
|
Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua
akhirnya dicari. |
| Biar
kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu
menjadi perbualan penduduk langit. |
Siapa
yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang
banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang
harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang
yang tidak warak itu bererti hatinya mati.
~ Saidina Ali Abu Talib
|
| Sabda
Rasulullah s.a.w:
"Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka
merosakkan madu."
|
| Kita
sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang
sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok. |
| Manusia
yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan
bukanlah manusia yang jujur. |
| Ketahuilah
sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu
bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah.
(surah Al-Baqarah:214) |
| Kekitaan
yang erat tiada yang berat
|
| Belajarlah
berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari |
| Orang
bakhil tidak akan terlepas daripada salah satu daripada
empat sifat yang membinasakan iaitu; dia akan mati
dan hartanya akan diambil warisnya, lalu dibelanjakan
bukan pada tempatnya atau; hartanya akan diambil secara
paksa oleh penguasa yang zalim atau; hartanya menjadi
rebutan orang-orang jahat dan akan digunakan untuk
kejahatan atau; adakalanya harta itu akan dicuri dan
digunakan untuk berfoya-foya.
- SAIDINA ABU BAKAR
|
| Kekayaan
yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh.
Kesihatan yang hilang boleh diperolehi dengan ubat-ubatan
yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang akan
terus hilang. |
| Jadilah
seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan
batu dibalas dengan buah. |
| Tunjuk
menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati |