
Guru adalah segalanya!
19 November
2003
Pengirim : Tidak dinyatakan
e-mel : -
Guru adalah segalanya, kata
bestari ini masih segar hingga bila-bila. Rintihan guru
saban tahun terpapar di dada akhbar...keputusan
dan kesudahannya belum terjawab.
Guru oh guru (PJJ) ilmu timbalah-timbalah..nanti
ia akan menyinari
jalanmu...itu sahaja...nasib mereka yang berkorban demi
ilmu untuk ilmu dan penyampai ilmu perlulah dibela sewajarnya.
Nasib guru-guru berada di persada orang atasan..nasib anak
didik generasi masa depan..berada di tangan guru-guru.Nah..bagaimana
guru-guru nak membina anak didik jika diri sendiri selalu
dirundung malang...tiada terbela.
Bukan setakat guru-guru PJJ
sahaja yang terbiar, malahan guru-guru yang dari ijazah
pertama , mendapat ijazah kedua ( sarjana mahu pun juga
ijazah kedoktoran ) terbiar juga mereka ini...ada di kalangan
yang
memegang Sarjana Pendidikan mahupun doktor falsafah....lebih
rendah gajinya dari orang yang pegang DG32(DG4)....apa ini
tanya guru-guru DG32 tak perlulah aku bersusah payah...buang
duit beribu-ribu.. Benarlah sistem (hiraki) struktur gaji
berasaskan kelayakan belum terlaksana dalam pendidikan di
negara ini khususnya di sekolah. Apatah lagi nak membela
nasib guru-guru PJJ.
Saya fikir, untuk mencapai tahap ini struktur organisasi
dalam KPM perlu suatu reformasi menyeluruh dan mengwujudkan
JABATAN
KHAS untuk menyelia dan menyelesai masalah yang melibatkan
kaum
guru--jentera menggerak generasi masa depan...belalah mereka
...maka mereka akan membela bangsa percayalah...PM akan
selesa melihat bangsanya bermoral mulia..YB senyum berderai...menyaksi
seluruh ..anak bangsanya....di kawasannya..beretika...beradab...KPM,
JPN, PPB, PPD , Pengetua, guru-guru sama-sama bersyukur
anak yang diasuh mulia pekerti jatidiri....belalah...nasib
seluruh warga guru...maka terbelalah negara, bangsa dan
agama..InsyaAllah