Pembaca -bil.4/2003 ... 

Ilmu umpama air yang mengalir, tadahlah dengan hati yang ikhlas

 Pendidik
 Forum
Berita
Cermin Diri
Daripada Pembaca
Koleksi Tinta
Mutiara Kata
Buku Pelawat
Jalinan




Harap maaf...masih dalam pembinaan

.KALENDAR PERSEKOLAHAN
Sesi 2003
.Menteri Pendidikan
(1955-2003)
.Tema Hari Guru
(1972-2003)
.Tema Hari Kebangsaan
(1976-2003)
.Logo Hari Kebangsaan
.Ahli-ahli Dewan Rakyat
.Daftar Pengundi
.Parti Politik di Malaysia

-PENAFIAN-
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN SIKAP PENGENDALI WEB.

Paparan terbaik menggunakan Internet explorer 4.0 dan ke atas dengan resolusi
1024 X 768 px

Tiada Hakcipta Terpelihara
.Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan dan dihargai.

PeNdiDik 2000-2003© [email protected]

 


Guru ibarat 'lilin' ?

5 November 2003
Pengirim : Guru upgrade

e-mel : -

Jasa dan bakti guru amatlah besar dan tidak ternilai. Bertepatan dengan peribahasa guru ibarat lilin, membakar diri sendiri untuk menerangi orang lain.
Namun sejauh manakah jasa dan bakti guru dinilai dan dihargai? Tema hari guru Memartabatkan Profesion Keguruan amat menarik untuk dihayati oleh setiap warga pendidik. Tentunya dalam perkembangan semasa menuntut guru agar lebih bersedia untuk melengkapkan diri dengan segala kemahiran dan pengetahuan.
Justeru ramai kalangan guru menyahut seruan ini dengan melanjutkan pelajaran sama ada secara sepenuh masa mahupun pengajian jarak jauh.
Pulang dengan segulung ijazah merupakan satu kepuasan dan menyemarakkan semangat untuk terus berkhidmat dengan lebih cemerlang. Biarpun terpaksa belajar dengan separuh gaji. Keperluan keluarga dan belajar terpaksa diambil berat. Nasib baik mendapat pinjaman PTPTN, dapatlah menampung perbelanjaan keluarga dan lain-lain keperluan.
Memang memeritkan untuk menghabiskan pengajian untuk segulung ijazah. Guru tetap seperti lilin...berkorban juga untuk diri sendiri!
Dari segi perkhidmatan tidak banyak bezanya, dapatlah naik gred DG41. Gaji bergeraklah ke tangga paling hampir dalam gred DG41.

Umpamanya guru yang berkhidmat 10 tahun dalam DGA29 dinaikkan gred ke DG41 berbanding dengan guru yang memulakan kerjayanya di DG41 dalam tempoh yang sama.

Bukan sahaja tangga gajinya jauh berbeza malahan dari segi kekananan juga guru yang dinaikkan gred jauh ketinggalan. Tambahan pula terpaksa menghadiri kursus induksi dan menunggu pula pengesahan jawatan.

Jusateru adalah menjadi harapan agar pihak berkaitan membuka mata dan mengkaji semula kedudukan guru-guru yang berkorban masa,tenaga dan wang ringgit semata-mata untuk meningkatkan kualiti diri demi memartabatkan profesion keguruan dari segi gaji dan perjawatan serta keistimewaan lain tanpa menjejaskan kekananan mereka.

Hargai 'lilin-lilin" yang telah sekian lama membakar diri sendiri!



Hosted by www.Geocities.ws

1