Pembaca -bil. 3/2003 ... 

Ilmu umpama air yang mengalir, tadahlah dengan hati yang ikhlas

 Pendidik
 Forum
Berita
Cermin Diri
Daripada Pembaca
Koleksi Tinta
Mutiara Kata
Buku Pelawat
Jalinan




Harap maaf...masih dalam pembinaan

.KALENDAR PERSEKOLAHAN
Sesi 2003
.Menteri Pendidikan
(1955-2003)
.Tema Hari Guru
(1972-2003)
.Tema Hari Kebangsaan
(1976-2003)
.Logo Hari Kebangsaan
.Ahli-ahli Dewan Rakyat
.Daftar Pengundi
.Parti Politik di Malaysia

-PENAFIAN-
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN SIKAP PENGENDALI WEB.

Paparan terbaik menggunakan Internet explorer 4.0 dan ke atas dengan resolusi
1024 X 768 px

Tiada Hakcipta Terpelihara
.Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan dan dihargai.

PeNdiDik 2000-2003© [email protected]

 


Nak tukar mesti ada 'kabel'

1November 2003
Pengirim : asshafie

e-mel : [email protected]

Menjelang November kebanyakan guru-guru sibuk menantikan memo pertukaran. Debaran tentunya terasa bagi yang memohon dan turut dirasai oleh rakan-rakan yang lain.
Tentunya dalam pengharapan yang penuh untuk kembali ke tempat asal berbagai usaha dilakukan. Sebaik mengisi borang permohonan, terdengar desas-desus "nak dapat mesti pakai 'kabel'.","awak ada 'kabel' ke?" dan berbagai-bagai lagi. Bagi yang berkhidmat lebih 6 tahun di dalam stesen pun belum tentu dapat pelepasan untuk bertukar. Justeru mahu tidak mahu, kenalah guna 'kabel'.

'Kabel' merupakan satu istilah yang sering digunakan kini untuk merujuk kepada orang dalam yang boleh memainkan peranan dalam membantu kelulusan permohonan untuk bertukar. Tidak peliklah hinggakan ada yang menggunakan menteri besar, setiausaha politik menteri, yang berhormat dan tidak kurang juga pegawai-pegawai yang bertugas di jabatan pendidikan mahupun kementerian pendidikan.

Dilihat secara kasar penggunaan 'kabel' ini seolah-olah menunjukkan ketidaktelusan dasar dalam proses pertukaran dan mewujudkan sikap 'double standard' pegawai-pegawai di jabatan pendidikan mahupun kementerian pendidikan dalam melayan guru-guru.

Pekeling-pekeling berkaitan pertukaran telah pun digunapakai sekian lama. Maka adalah menjadi tanggungjawab kita untuk melaksanakannya kecualilah dalam kes-kes khas. Tentunya pelaksanaan ini terletak kepada pegawai-pegawai yang terlibat dengan proses ini. Sememangnya pegawai yang mengendalikan proses ini berkuasa penuh untuk meluluskan atau menolak sesuatu permohonan. Namun tugas mereka juga terganggu oleh 'kabel' yang digunakan oleh guru-guru.

Penulis telah mendapat kelulusan bertukar setelah 10 tahun bertugas di pantai timur (tanpa menggunakan 'kabel') mungkin atas sebab tempoh yang terlalu lama dan menepati kehendak yang ditetapkan. Alangkah gembiranya hati bilamana dapat kembali ke negeri di utara. Hasrat utama tentunya untuk menjaga kebajikan ibu yang seringkali keluar masuk ke hospital dek kesihatan yang tidak stabil (kencing manis,jantung dan buah pinggang).

Keinginan berbakti kepada ibu membuatkan penulis berjumpa sendiri dengan pegawai berkenaan di JPN. Setelah hampir 2 jam, akhirnya dapatlah berjumpa dengan keadaan yang tergesa-gesa. Penulis berterus-terang akan keadaan yang dihadapi. Jawapan pegawai berkenaan adalah biasa bagi sesiapa yang mempunyai ibu bapa yang sudah tua untuk menghadapi keadaan sedemikian.

Kadangkala kita terpaksa merayu untuk mengambil hati pegawai atas kuasa yang ada padanya. Penulis menekankan tujuan datang sendiri untuk menceritakan keadaan dan terpulang atas budi bicara pegawai berkenaan mempertimbangkannya. Penulis menjelaskan tidak menggunakan mana-mana 'kabel' hatta orang politik sekalipun.

Tentunya kekecewaan bilamana tercampak jauh dalam penempatan kononnya daerah yang dipohon tidak ada kekosongan. Akhirnya diketahui guru-guru yang ada 'kabel' bukan sahaja ditempatkan di daerah yang telah pun penuh malah ditempatkan juga di kawasan bandar termasuklah yang baru memulakan karier keguruan.

Kini menjangkau tahun ke-4 penulis berada di daerah ini. Insyaallah penulis akan tetap mohon bertukar tanpa menggunakan 'kabel' atas prinsip lebih senang berjumpa sendiri dengan pegawai berkenaan yang "diberi kuasa" untuk menjalankan tugasnya dengan penuh amanah dan ketelusan.



Hosted by www.Geocities.ws

1