Kerana
Allah
5 Oktober 2003
Pengirim : Zana
e-mel : -
Assalamualaikum...
tolonglah ambil masa
2 minit untuk membaca ini.... kalau lebih dua minit tu bukan
membaca la tu..tapi mengeja.. ;-)
Dengan Nama ALLAH yg
Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...
Bayangkan
benda ini berlaku pada anda.....
Suatu hari pada masa
Sembahyang jumaat yang dihadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah...
tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer
dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and
membawa mesin gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik
"
"Sesiapa yang sanggup
MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"
Selepas mendengar amaran
lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu
utk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi
tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri
di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu...
Lelaki yang
bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke
arah Pak Imam sambil berkata:
"Ok Pak Iman, saya
dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman
mulakan sembahyang Jumaat"....
Lalu kedua lelaki tersebut
berpaling dan meninggalkan jemaah....
Macammana.. adakah anda
rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda fikirlahlah...
" Lawak kan, dari
1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman...
"
" Lawakkan berapa
banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya...
kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak
bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah.. baru kena ugut
terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat
lagi..."
"Lawak, ada juga
yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang
jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat
setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."
"Lawakkan, ramai
orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat
khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran"
"Lawak kan, berapa
ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat
yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"
"Lawak,
kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam
tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai.. tak cukup masa..
Dan lebih
lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email
yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa
berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur
agama Lawak kan???/
Kenapa gelak/
tu kan realiti.. tapi yg paling lawak sekali.. berapa orang
yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain...
berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa
membaca? berapa banyak????
Wallahualam..