Kerani
sekolah besar kepala!
29 November 2004
Pengirim : Khairul Nizam
Apa pandangan anda semua mengenai kerani sekolah anda? Bukan
bertujuan untuk mempertikaikan tugas dan peranan sesiapa
tetapi sepanjang pengalaman saya mengajar di beberapa buah
sekolah di Negeri Selangor, kerani sekolah bersikap besar
kepala.Agaknya kerana mereka berada di pejabat sekolah,
seolah-olah mereka lebih besar daripada pengetua dan guru
besar. Paling malang ada kerani yang menganggap diri mereka
besar kerana merekalah yang menguruskan gaji guru-guru.Guru
ditengking atau diarah sesuka hati tak kira samaada veteran
apatahlagi guru baru. tugas guru yang sememangnya terkandung
dengan 50% tugas pengkeranian seperti menyediakan laporan
dan iventori dicampuraduk dengan tugas kerani. Melawan,
alamatnya lewatlah gaji atau tiada perubahan gaji. Pengarah
pendidikan, jenguk-jenguklah sekolah satu sesi pada sebelah
petang, sesetengah kerani sekolah (maaf, bukan semua) akan
bertemulah dengan kakitangan yang tersandar menggoyang kaki
dan merehatkan mata. Benar, semua ya ng saya nyatakan di
atas adalah kisah benar, dari celah lipatan diari hidup
guru yang memikul segala amanah dari semua arah.Saya tidak
bertujuan untuk membuat kesimpulan dari pengalaman saya
dan beberapa kenalan saya, cuma saya ingin berkongsi cerita
ini dan mungkin ada yang mempunyai pengalaman seperti saya.........
Wassalam