Pembaca-bil. 15/2004... 

Ilmu umpama air yang mengalir, tadahlah dengan hati yang ikhlas

-PENAFIAN-
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN SIKAP PENGENDALI WEB.

Paparan terbaik menggunakan Internet explorer 4.0 dan ke atas dengan resolusi
1024 X 768 px

Tiada Hakcipta Terpelihara
.Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan dan dihargai.

PeNdiDik 2000-2003© [email protected]

 



Murid ponteng sekolah! Cikgu tak pandai mengajar?

18 Oktober 2004
Pengirim : Muhammad Murad bin Rosman

Saya amat terpanggil ekoran kata-kata menghina YB Datuk Mahathir Mohd Khir dan kemudiannya disokong oleh YB Datuk Hishamuddin, Menteri Pelajaran yang mengatakan guru tidak pandai mengajar menyebabkan murid ponteng. Mungkin ini adalah anggapan semua orang di Malaysia ini. YB mungkin orang yang tidak mengalami situasi mengajar zaman canggih ini. Cubalah mengajar pelajar tegar yang siapapun tidak dihiraukan. Guru kini terlalu tertekan. Di sekolah, Pengetua, GPK, GKMP, malahan CC (Ketua Kerani) sekolah sudah menanti dan berani menekan guru, dan ada kalanya CC lebih berkuasa dari Pengetua. CC ini tidak sedar diri.Guru berkelulusan ijazah (bertaraf Penolong Pengarah yang semua orang tak sedar)diperlekeh oleh CC yang berkelulusan SPM dan disokong pula oleh Pengetua.Masya Allah, amat membingungkan. Guru, dengan kerja perkeranian yang melambak, laporan harian ( lesson plan ) memang wajib, tapi laporan yang lain entah apa-apa juga menanti guru, selain itu kutipan yuran jika gagal dikatakan guru tak pandai nak kutip yuran, apa mereka ingat kita ALONG nak mencari orang bayar yuran seperti bayar hutang! Kes pelajar ponteng bukan salah guru, salah mak bapak yang sudah tak faham macam mana nak didik anak.Guru hanya mampu mengajar pada murid yang minat dan yang tak minat bukan kerana guru tak kreatif tapi tahukah Pak Menteri di sekolah menengah taraf A hanya ada SATU OHP, DAN LAB TOP hanya untuk guru sains dan matematik, jika guru subjek lain nak guna , maaflah memang tak dapat, banyak alasan diberikan untuk tidak memberi pinjam, dan kalau nak bawa pergi bilik tayang asyik berkunci dan kadang kala dijadikan stor. So nak kreatif macam mana kalau peralatan tak cukup. Sebenarnya, guru ni sememangnya menjadi bahan semua orang menghentam kerana golongan guru golongan berhemah dan jarang melenting.Orang nak kata apa katalah dan biasa kena kritik dan ancaman macam Pengetua yang selalu mengancam ingin mengenakan tindakan tatatertib, salah itulah, salah inilah, semuanya tak betul, dia aje yang betul.Mentang-mentang ada kuasa sikit tunjuk lagak.Entahlah, lebih-lebih lagi Pengetua perempuan, dahlah cerewet , emosional pula . Makin lama sistem pendidikan makin huru-hara dan semua orang ingin jadi jagohan. Rumusannya, guru jadilah dirimu dan dirimu ,jangan jadi orang lain yang bukan dirimu, jadilah guru.



Hosted by www.Geocities.ws

1