Hairan guru belum disahkan jawatan dianugerah khidmat cemerlang
4 Oktober 2004
Pengirim : Nanirozana
#Artikel ini adalah yang disiarkan dalam ruangan Forum pembaca
Utusan Malaysia.
Saudara Pengarang,
SAYA adalah seorang guru di daerah Rembau, Negeri Sembilan.
Setiap tahun Anugerah Perkhidmatan Cemerlang diberikan kepada
kakitangan Pendidikan termasuklah guru-guru dan kakitangan
sokongan.
Untuk pengetahuan pembaca, guru yang menerima anugerah berkenaan
bagi tahun 2003, masih belum disahkan jawatan lagi semasa
beliau dinilai (2003).
Saya bagi pihak guru-guru di sekolah saya, berasa hairan
dan sangsi atas penganugerahan yang diberikan kepada guru
tersebut.
Adakah pengesahan jawatan tidak lagi diperlukan semasa seseorang
itu dicalon untuk menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang?
Mungkinkah fenomena ini terjadi kerana guru berkenaan terlalu
baik dengan pegawai penilai pertama. Pegawai penilai kedua
pula tutup sebelah mata, terus tandatangan lalu diluluskan
sahaja. Kami rasa satu penyelewengan dan ketidakadilan telah
berlaku di sekolah ini.
Kami guru-guru `senior' berasa dipinggirkan dan tidak dihargai.
Kami berharap agar pihak Pejabat Pendidikan berkenaan dapat
menyiasat perkara ini.
- GURU `SENIOR', Rembau, Negeri Sembilan.